Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

15.12.2019 | DOA Temburong agihkan bantuan pada memerlukan

Bersempena dengan Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa Tahun 2019, sukarelawan-sukarelawan dan organisasi-organisasi tempatan dari Pusat Belia, Pekan Bangar dan Kampung Piasau-Piasau mengendalikan Day of Action (DOA).


Acara pada awal pagi itu dimulakan dengan acara gotong royong memasak bubur Lombok ,Bubur Kacang dan Bubur Caca daripada Biro Wanita Kampung Piasau-piasau dan Persatuan PERTIWI, yang kemudiannya diagih-agihkan kepada orang ramai.


Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Awang Abdul Ghani bin Haji Othman.

 

Acara DOA di Daerah Temburong diteruskan dengan penyerahan bantuan makanan di Kampung Piasau-Piasau yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

 

Para penerima terdiri daripada Awang Budin bin Untong dan Awang Ahmad bin Momin yang merupakan warga emas Kampung Piasau-piasau.

 

Kerja amal tersebut turut disertai oleh belia-belia daripada Persatuan Pusat Belia dan pasukan Bulan Sabit Merah Daerah Temburong.

 

Penyerahan bantuan makanan ini bertujuan untuk menyemai sikap pemedulian dalam kalangan para sukarelawan terhadap warga emas yang memerlukan dan serba sedikit membantu meringankan beban mereka .

 

DOA merupakan platform untuk agensi-agensi kerajaan dan swasta, para penggiat sukarelawan, kumpulan-kumpulan sukarelawan, organisasi belia dan sukan dan sebagainya untuk melaksanakan projek atau program dan aktiviti kesukarelawan.


Penglibatan menyeluruh daripada setiap anggota masyarakat dalam apa jua program kemasyarakatan adalah sangat digalakkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang mana selaras dengan hasrat untuk membangun bersama masyarakat.


Sumber: Pelita Brunei

Attachments
Created at 12/17/2019 10:28 AM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 12/17/2019 10:28 AM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar