Kontinjen
Negara Brunei Darussalam yang menyertai Kejohanan Terbuka Pencak Silat
Singapura Kali Ke-8 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei
(LTAB), di sini.
Pada
kali ini, kontinjen negara menyertai lima kategori, iaitu Bahagian
Tunggal Wanita, Regu Wanita, Regu Lelaki, Olahraga Tanding Kelas B dan F
Lelaki.
Negara
berjaya meraih pingat emas melalui Awang Abdul Rahman bin Haji Bujang
Ahmad bagi Kategori Tanding Kelas F bagi berat 70kg ke 75kg.
Kontinjen
juga meraih pingat perak bagi Kategori Regu Wanita melalui Dayang
Anisah Najihah binti Abdullah, Dayang Nur Wasiqah Aziemah binti Rosihan
dan Dayang Norleyermah binti Haji Raya.
Awang
Abdul Rahman bin Haji Bujang Ahmad ketika ditemui berasa sangat
bersyukur kerana dapat mengharumkan nama negara sekali gus dapat
merangkul pingat emas yang pertama beliau pada peringkat antarabangsa.
Kejohanan
tersebut jelasnya, akan membantu beliau dan rakan yang lainnya dalam
mempersiapkan diri bagi kejohanan antarabangsa yang akan datang, iaitu
Asian Pencak Silat Championship 2019 di China pada yang akan berlangsung
pada Disember ini dan Kejohanan Dunia di Sarawak pada April 2020.
Sementara
itu, bagi Dayang Anisah Najihah binti Abdullah pula berkata, beliau dan
rakan-rakan menjalani latihan intensif selama dua bulan dalam
mempersiapkan diri untuk kejohanan tersebut.
Menyentuh
mengenai persiapan Sukan SEA yang akan berlangsung pada bulan November
depan, beliau yang akan mewakili negara bagi Kategori Tunggal Wanita
berkata, pada ketika ini, beliau sedang menjalani latihan enam kali
seminggu, tiga kali sehari bagi mempersiapkan diri secara mental dan
fizikal.
Hadir
mengalu-alukan kedatangan kontinjen di sini ialah Yang Di-Pertua
Persekutuan Pencak Silat Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (PERSIB),
Pengiran Haji Mohamad bin Pengiran Haji Ludin.
Sumber: Pelita Brunei