Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

23.10.2019 | Kontinjen SSEAYP negara berlepas ke Jepun

Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada 28 belia dan seorang Ketua Kontinjen (National Leader) berlepas ke Jepun bagi menyertai Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) Ke-46, 2019.


Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.


Sebelum berlepas, Doa Selamat dibacakan oleh Awang Haji Abdul Halim bin Haji Fuad, diikuti dengan ucapan ringkas serta kata-kata semangat dan nasihat daripada Pengiran Mohammad Amirrizal kepada kontinjen negara yang diakhiri dengan sesi bergambar ramai.


Kontinjen negara diketuai oleh Awang Shahminan bin Haji Mohamad Yasin.


SSEAYP merupakan program pertukaran belia antarabangsa khusus bagi negara-negara ASEAN dan Jepun bermula sejak 1974 dengan tujuan bagi melahirkan kesefahaman dan kerjasama antarabangsa dalam kalangan belia-belia ASEAN dan juga Jepun, di samping mempelajari adat budaya, politik dan pembangunan ekonomi bagi sesebuah negara.


Penyertaan Negara Brunei Darussalam tahun ini merupakan kali ke-34 sejak penyertaan rasmi negara pada tahun 1985.


Program tahun ini akan bermula pada 24 Oktober hingga 13 Disember 2019, selama 51 hari bersama 330 belia dari 11 buah negara dengan menggunakan Kapal Nippon Maru, dan akan singgah ke beberapa buah negara ASEAN yang telah dipilih iaitu Viet Nam, Republik Singapura, Myanmar dan Malaysia sebelum kembali ke Tokyo, Jepun.


Sumber: Pelita Brunei

Attachments
Created at 11/7/2019 10:52 AM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 2/20/2020 4:11 PM by Izyan Khairunnisa Binti Hj Abu Bakar