Seramai
16 ahli Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada Chef
de Mission, Pegawai Urusetia, Pegawai Perhubungan serta pegawai dan
atlet Pasukan Bola Jaring telah selamat tiba ke tanah air setelah
menyertai Sukan Arafura di Darwin, Australia sejak 26 April hingga 4 Mei
2019.
Pada
sukan tersebut, kontinjen negara berjaya mengutip dua pingat emas, satu
perak dan tiga gangsa melalui acara Olahraga dan Renang.
Hadir
mengalu-alukan ketibaan kontinjen negara di Ruang Ketibaan, Lapangan
Terbang Antarabangsa Brunei di sini ialah Setiausaha Tetap Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin
Pengiran Haji Mahmud; Timbalan Setiausaha Tetap KKBS, Kolonel (B)
Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said; Pemangku Pengarah Belia
dan Sukan, Dayang Mariam binti Ulat dan para pegawai Jabatan Belia dan
Sukan.
Pasukan
Bola Jaring negara menduduki tempat keempat selepas tewas kepada
Pasukan Pints NT dengan jaringan 36 – 54 dalam peringkat penentuan
tempat ketiga semasa perlawanan yang diadakan di Netball Stadium,
Darwin, Australia.
Kontinjen
negara diketuai oleh Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Awang Haji
Zafri bin Haji Mohamed selaku Chef de Mission Kontinjen Negara Brunei
Darussalam ke Sukan Arafura, Darwin, Australia 2019.