Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

08.04.2019 | Bersaing pada Kejohanan Piala Skuasy SEA Ke-5

Lima pemain skuasy dari Negara Brunei Darussalam telah berlepas ke Manila, Filipina, kelmarin untuk bertanding dalam Kejohanan Piala Skuasy SEA Ke-5 2019. Pertandingan itu akan diadakan di Kerry Sports, Shangri La The Fort bermula pada 9 hingga 13 April 2019.

 

Atlet-atlet negara iaitu Abang Md. Huzairie bin Abang Md. Ali, Haji Md. Saiful Rizal bin Haji Md. Ali, Pengiran Md. Khairul Amir bin Pengiran Md. Alam, Hamidah binti Haji Ismail and Pengiran Amal Najwana binti Pengiran Haji Ali.

 

Kontinjen Brunei juga disertai jurulatih pasukan, Pengiran Md. Hasnan bin Pengiran Anak Haji Rozanan.

 

Pada Kejohanan Piala Skuasy SEA Ke-5, atlet negara akan bersaing dengan pemain skuasy profesional dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan negara tuan rumah Filipina. Mereka akan bertanding dalam tiga kategori iaitu Perseorangan lelaki, Perseorangan Wanita dan Pasukan Campuran.

 

Penyertaan kali ini diharap dapat memberi lebih banyak pendedahan dan mempersiapkan mereka untuk Sukan SEA akan datang di Manila pada bulan November tahun ini.

 

Para pemain disokong oleh Jabatan Belia dan Sukan dan rakan kongsi rasmi, Sport Finesse.

 

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Presiden Persatuan Raket Skuasy Brunei (BSRA), Haji Abdul Mateen bin OKML Haji Md. Yusuf; Pegawai Tugas-Tugas Khas, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Haji Mohamad Azlan bin Pengiran Haji Tengah Omar dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif BSRA, Pengiran Haji Tajuddin bin Pengiran Haji Adi.


Sumber : Pelita Brunei Online

Attachments
Created at 4/13/2019 10:44 AM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 4/13/2019 10:44 AM by Dk Yati Binti Pg Rumbli