Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

19.03.2019 | MMN 2019 : Beri sokongan, hargai atletBeri sokongan, hargai atlet

​Mengenai pembangunan kapasiti yang diberikan kepada atlet-atlet sukan untuk dijadikan sebagai kerjaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) sentiasa memberikan sokongan kepada atlet, bukan saja dari segi pekerjaan, akan tetapi memberikan peluang untuk meningkatkan kapasiti, termasuk dengan melanjutkan pelajaraan di institusi-institisi pengajian tinggi.

 

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin semasa menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad berkenaan apakah pembangunan kapasiti yang diberikan kepada atlet kita supaya sukan dijadikan sebagai 'viable career' pada Persidangan Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-15, Majlis Mesyuarat Negara (MMN) hari kelapan yang bersidang di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, sesi petang, di sini.

 

Sehubungan itu, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menjelaskan, di mana pihak kementerian juga memberikan peluang kepada atlet untuk meneruskan kerjaya dalam bidang kejurulatihan dengan kerjasama beberapa agensi seperti Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam; Pusat Perubatan dan Penyelidikan Sukan; dan Institut Sukan Negara Malaysia.

 

Tambah Yang Berhormat Menteri, di mana sebagai contoh dengan mengendalikan kursus kejurulatihan, kursus teknikal sukan, kursus pengurusan sukan, kursus sain sukan, 'study tour', kem-kem sukan dan sebagainya, dan dikongsikan sama juga melalui Skim Penggalak Kecemerlangan Sukan dua atlet Wushu Kebangsaan yang berjaya meraih pingat dalam Sukan SEA telah diberikan penganugerahan bantuan kewangan bagi pembiayaan pelajaran mereka di Universiti Brunei Darussalam.

 

Ujar Yang Berhormat Menteri, di mana dikongsikan jua dengan persijilan kejurulatihan yang diperoleh beberapa atlet telah pun berkhidmat dengan JBS dan Kementerian Pendidikan sebagai jurulatih sukan seperti sukan wushu, badminton, squash, pencak silat, olahraga dan boling padang.

 

Yang Berhormat Menteri seterusnya juga menjawab soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Awang Iswandy mengenai apakah sokongan yang diberikan kepada atlet negara kita yang sudah bersara daripada bidang sukan, mereka yang telah menyumbangkan kepada negara untuk memastikan kebajikan mereka terjaga.

 

Yang Berhormat Menteri menjelaskan, di mana KKBS akan sentiasa memberikan sokongan pengiktirafan dan menyediakan insentif kepada para atlet negara, termasuklah kepada atlet negara yang sudah bersara, melalui kaedah berpersatuan, yang mana ada sebahagian atlet bersara telah pun menubuhkan persatuan kumpulan veteran masing-masing seperti Persatuan Veteran Olahraga dan Persatuan Senior Golf Brunei Darussalam, dan di sini KKBS sentiasa mendukung mereka, termasuk memberikan bantuan-bantuan yang diperlukan, seterusnya kaedah secara persendirian, tidak berpersatuan, yang mana KKBS bekerjasama dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan, dengan kaedah 'Whole of Nation' dalam menjaga kebajikan para atlet yang sudah bersara, di mana Sebagai contoh, ada atlet yang memerlukan rawatan khusus di luar negara seperti di Singapura, KKBS bekerjasama dengan pihak Kementerian Kesihatan untuk memberikan keutamaan kepada atlet negara tersebut.

 

''Di samping itu, dibuat juga aktiviti amal yang dianjurkan dengan kerjasama beberapa persatuan sukan kebangsaan untuk mengumpul dana bagi membiayai kos perubatan bagi salah seorang atlet yang telah bersara. Selain itu, atlet-atlet yang sudah bersara juga diberikan penghargaan dengan penganugerahan pingat-pingat kebesaran negara, terutama yang telah memenangi pingat di kejohanan peringkat serantau dan antarabangsa. Kejayaan mereka juga turut dipamerkan sebagai 'ristaan' dalam satu ruang khas di Stadium Negara Hassanal Bolkiah yang dikenali sebagai Whole of Fame Galeri Sukan,'' jelas Yang Berhormat Menteri.


Sumber : Pelita Brunei - Laporan : Ak. Jefferi Pg. Durahman / Foto : Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

Attachments
Created at 3/26/2019 1:55 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 3/26/2019 1:55 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli