Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

19.03.2019 | MMN 2019 : Bantu lahirkan belia berwawasan

​Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) sentiasa mengalu-alukan persatuan-persatuan belia, sukan dan badan-badan yang berdaftar untuk mengadakan acara-acara serantau yang boleh meningkatkan sosioekonomi negara dan seterusnya menarik lebih banyak penyertaan aktif dari para belia sebagai peserta, 'facilitator' mahupun sukarelawan yang akan dapat membentuk dan melahirkan generasi belia yang berwawasan.


Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin berkata, kita perlu melihat bahawa belia kita pada masa ini berkeupayaan.


''Kalau kitani melihat seperti Hari Belia, Hari Keluarga dan Day of Action. Ia semua diketuai oleh belia-belia sendiri yang merancang dan melaksanakan. Barangkali, penggerak dalam acara-acara di Peringkat Kebangsaan iaitu satu 'we have to acknowledge' keupayaan para belia ini. Kita melihat penglibatan ataupun pemerkasaan para belia untuk melaksanakan acara-acara yang begitu besar dan telus kita berikan dan kitani menyambut baik keupayaan para belia dalam melaksanakan program-program,'' ujar Yang Berhormat semasa menjawab persoalan yang diutarakan oleh Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Awang Haji Ash'ari mengenai strategi kementerian untuk membantu para organisasi belia dalam mengungkayahkan acara bertaraf serantau mahupun antarabangsa.


Terdahulu Yang Berhormat berkata, ia perlu diteliti untuk kesesuaian berdasarkan juga kepada keutamaan dan impak yang dihasratkan. Di samping memastikan ia mengikut prosedur dan proses kebenaran yang ada yang perlu didapatkan dari agensi-agensi berkenaan kerana kitani akan melibatkan untuk mendatangkan 'facilitator' atau pemudah cara dari luar negara.


Pada Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-15 MMN bertempat di Dewan Persidangan Majlis MMN di sini, Yang Berhormat seterusnya berkata, kita melihat terdapat banyak program yang bertaraf antarabangsa yang melibatkan program-program belia yang kita bawa ke dalam ataupun ke Negara Brunei Darussalam, contohnya Program Belia Antarabangsa, seperti Musabaqah Tilawatul Al-Quran Belia Asia Tenggara, Singapore Brunei Youth Exchange Programme, genesis dan Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara dan dalam masa yang sama, kita juga membawa para belia ke Brunei seperti Program Sukan Antarabangsa Hassanal Bolkiah Trophy Bimantiaga dengan penyertaan empat negara yang melibatkan 600 atlet.


''Jadi kita melihat bahawa hasrat untuk membawa belia-belia daripada luar memang ada, tapi barangkali kita hendaklah melihat platform dari aspek 'substantive' dan sebagainya, tetapi pada tahun ini kita akan melihat dari aspek kebeliaan kita akan mengadakan Asia Regional Technical Workshop on Development of National Youth Entrepreneur Policies dan bekerjasama dengan pihak Komanwel 'secretariat' yang akan dilaksanakan pada bulan Jun.


Kitani mengharapkan para belia akan turut sama dalam mengungkayahkan program-program seperti ini bersama dengan KKBS. Kitani menyambut baik hasrat Yang Berhormat untuk membawa dan kitani melihat bukanlah wang ringgit akan tetapi kalau keupayaan itu dapat dilaksanakan oleh para belia dengan kaedah-kaedah yang tertentu, ianya adalah satu inisiatif yang baik yang perlu ditangani dengan sebaiknya dan disokong dengan begitu rupa,'' ujar Yang Berhormat.


Sumber : Pelita Brunei - Laporan : Saerah Haji Abdul Ghani / Foto : Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

Attachments
Created at 3/26/2019 11:27 AM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 3/26/2019 2:00 PM by Dk Yati Binti Pg Rumbli