Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

18.03.2019 | 1,360 belia sertai Program Pertukaran JENESYS2018

Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Jepun menganjurkan Program Pertukaran Belia di antara Jepun dan pelbagai negara Asia-Pasifik, Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin dan Wilayah Karibia.


Komponen serantau Asia dalam program pertukaran ini dipanggil JENESYS2018. Di bawah JENESYS2018, kira-kira 1,360 belia dari negara anggota ASEAN, Timor-Leste dan India akan dijemput ke Jepun sementara 200 belia dari Jepun akan dihantar ke negara anggota ASEAN dan Timor-Leste

Sehubungan itu, JENESYS2018 Inbound Program 26th Batch ASEAN + Timor-Leste Youth Leader Exchange akan diadakan bermula 19 hingga 26 Mac 2019 ini.


Negara Brunei Darussalam turut menghantar seramai 10 orang perwakilan belia terdiri daripada Ahli-ahli Persatuan Belia Kebangsaan dan mahasiswa serta mahasiswi dari beberapa Institusi Pengajian Tinggi dan telah berlepas ke Tokyo, Jepun bagi mengikuti program tersebut.


Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada perwakilan belia berkenaan ialah Ketua Pegawai Belia dan Sukan, Hajah Noor Maslina binti Haji Sulaiman.


Para peserta akan dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut tema yang telah ditetapkan oleh pihak Pusat Kerjasama Antarabangsa Jepun (Japan International Cooperation Centre - JICE) iaitu Pelancongan Makanan (Food Tourism), Pencegahan Bencana (Disaster Prevention), Sejarah dan alam sekitar Pembuatan (History and Environment of Manufacturing) dan Warisan Bersejarah (Historical Heritage).


Peserta Negara Brunei Darussalam dan peserta dari negara-negara lainnya akan mengadakan lawatan mengikut kumpulan ke Hokkaido, Tohoku (Miyagi), Chubu (Aichi) dan Kansai (Okayama) di samping berpeluang mengikuti beberapa aktiviti seperti membuat orientasi dan mendengarkan kuliah mengikut tema yang ditetapkan, membuat lawatan ke tempat-tempat seperti New Chitose Airport Terminal Building, Hokkaido University Graduate School of International Media, Communication and Tourism Studies, Nijo Fish Market, Tokyo Rinkai Disaster Prevention Park, Reconstruction Town Development / Exchange Information Center, National Museum of Emerging Science and Innovation, Toyota Commemorative Museum of Industry and Technology, Mizkan Museum, Kurashiki Bikan Historical Quarter, 'homestay' bersama keluarga angkat dan sebagainya.


JENESYS2018 antara lain bertujuan untuk mempromosikan kepercayaan dan persefahaman di kalangan rakyat dan penduduk Jepun dan negara-negara yang turut serta, di samping membina asas persahabatan dan kerjasama untuk masa hadapan.


Program tersebut juga dapat menggalakkan pemahaman sejagat mengenai ekonomi, masyarakat, politik dan dasar antarabangsa Jepun selain untuk menyampaikan maklumat mengenai Jepun kepada negara anggota ASEAN, Timor-Leste dan India melalui para peserta program berkenaan.


Sumber : Pelita Brunei - Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman / Foto : Azmah Haji Ahad

Attachments
Created at 3/26/2019 11:23 AM by Dk Yati Binti Pg Rumbli
Last modified at 3/26/2019 11:24 AM by Dk Yati Binti Pg Rumbli