Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

23.06.2024 | Larian Hari Olimpik 2024

OlympicDayRun2024 p1.png

OlympicDayRun2024 p2.png 

OlympicDayRun2024 p3.png 

OlympicDayRun2024 p4.png 

OlympicDayRun2024 p5.png 

OlympicDayRun2024 p6.png 

OlympicDayRun2024 p7.png 

OlympicDayRun2024 p8.png 

OlympicDayRun2024 p9.png 

OlympicDayRun2024 p10.png 

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 23 Jun 2024. – Bersempena Hari Olimpik Sedunia yang jatuh pada 23 Jun setiap tahun, Negara Brunei Darussalam melalui Majlis Olimpik Kebangsaan Brunei Darussalam (BDNOC) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menganjurkan Larian Hari Olimpik 2024 bertempat di Taman Haji Sir Muda Omar ’Ali Saifuddien.

Acara Larian Hari Olimpik tersebut turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan serta Duta-Duta Besar Istimewa dan Mutlak dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi di Negara Brunei Darussalam.

Aturcara larian didahului dengan sesi bergambar ramai bersama peserta larian, diikuti dengan senaman pemanasan badan dan pelepasan acara larian yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Di akhir acara larian berkenaan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan turut menyempurnakan penyampaian hadiah kepada 10 pemenang terbaik daripada setiap kategori larian dengan pingat memperingati Larian Hari Olimpik 2024.

Larian Hari Olimpik dibahagikan kepada tujuh kategori berbeza berdasarkan jantina dan kumpulan umur yang ditetapkan iaitu Kategori 1: 1.8km Lelaki 12 tahun ke bawah (U-12); Kategori 2: 1.8km Perempuan 12 tahun ke bawah (U-12); Kategori 3: 1.8km Orang Kelainan Upaya; Kategori 4: 3km Veteran Lelaki Umur 60 tahun ke atas; Kategori 5: 3km Veteran Wanita Umur 60 tahun ke atas; Kategori 6: 5km Lelaki Terbuka; dan Kategori 7: 5km Wanita Terbuka.

Pada tahun ini, seramai 1831 orang telah mendaftar bagi menyertai Larian Hari Olimpik tersebut.

Objektif utama larian Hari Olimpik Antarabangsa 2024 adalah untuk mempromosikan peranan sukan dalam membina dunia yang aman dan lebih baik melalui larian.

Larian Hari Olimpik bertujuan untuk mempromosikan Nilai-Nilai Olimpik serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat, disamping menghimpunkan atlet dan peminat sukan untuk meraikan kuasa sukan untuk menyatukan rakyat dan menjalin kerjasama.

Attachments
Created at 6/27/2024 1:28 PM by Hjh Noraini Binti Hj Samat
Last modified at 6/27/2024 1:39 PM by Hjh Noraini Binti Hj Samat