Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

25.04.2024 | Closing Ceremony Sports Science and Medicine Conference Brunei Darussalam 2024

GADONG, Khamis, 16 Syawal 1445/25 April 2024. – Majlis Penutup Persidangan Sains Sukan dan Perubatan Brunei Darussalam 2024 telah berlangsung di Songket Ballroom, The Rizqun International Hotel hari ini.  Persidangan yang berlangsung selama dua hari ini telah mencapai objektif dengan jayanya bersama pakar-pakar perubatan dari International Federation of Sports Medicine (FIMS) dan Asian Federation of Sports Medicine (AFSM) yang berkesempatan untuk bertukar-tukar pandangan bersama 250 peserta-peserta persidangan.

Hadir menyempurnakan majlis penutup berkenaan ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Tetamu Kehormat.

Aturcara majlis penutup dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan ucapan penutup oleh Yang Mulia Professor Patrick Yung, Naib Presiden Persekutuan Perubatan Sukan Antarabangsa (International Federation of Sports Medicine) dan Yang Mulia Dayang Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim, Pengarah Belia dan Sukan selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Persidangan Sains Sukan dan Perubatan Brunei Darussalam 2024. Tetamu Kehormat kemudiannya menyempurnakan penyampaian sijil dan cenderamata kepada penceramah jemputan, moderator dan penaja. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan sesi bergambar ramai bersama Tetamu Kehormat.

Turut hadir ialah Yang Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Kesukanan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) selaku Penasihat Jawatankuasa Kerja Persidangan Sains Sukan dan Perubatan Brunei Darussalam 2024; Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan) KKBS; Yang Mulia Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) KKBS; serta pegawai-pegawai kanan KKBS dan Jabatan Belia dan Sukan.​

smrc conference 2024 - closing p1.pngsmrc conference 2024 - closing p2.pngsmrc conference 2024 - closing p3.pngsmrc conference 2024 - closing p4.pngsmrc conference 2024 - closing p5.pngsmrc conference 2024 - closing p6.png 

smrc conference 2024 - closing p7.pngsmrc conference 2024 - closing p8.pngsmrc conference 2024 - closing p9.pngsmrc conference 2024 - closing p10.png

Attachments
Created at 5/6/2024 8:43 AM by Roslinawati Binti Jamaludin
Last modified at 5/25/2024 3:03 PM by Susieyanti Hamdi