SYARAT-SYARAT AM TEMPAHAN DAN PENGGUNAAN PADANG-PADANG DAN GELANGGANG-GELANGGANG LUAR JABATAN BELIA DAN SUKAN
  1. Tarikh Tempahan
    • Bola Sepak : Tiap tiap 20 haribulan untuk tempahan di bulan akan datang.
    • Futsal : Tiap tiap 25 haribulan untuk tempahan di bulan akan datang.
    • Fresbee : Tiap tiap 25 haribulan untuk tempahan di bulan akan datang.

  2. Waktu Pembayaran
    • 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.
    • 2.00 petang hingga 3.00 petang.

  3. Permohonan ini akan diproses dalam masa 2 hari bekerja. Jika diluluskan pihak pengguna perlu menjelaskan pembayaran dalam masa 48 jam. Jika tidak dijelaskan dalam waktu yang ditetapkan maka permohonan ini akan dibatalkan.

  4. Setiap pengguna hanya dibenarkan menempah sekali dalam sebulan.

  5. Kebenaran yang diberikan juga adalah tertakluk kepada penggunaan Jabatan ini, dimana jika pada tarikh kebenaran penggunaan yang diperbantukan, Kompleks tersebut diperlukan bagi sebarang kejohanan/penggunaan rasmi (yang diluar jangkaan) atau bagi menjalankan kerja-kerja pemeliharaan, maka tarikh-tarikh awal yang dipohonkan adalah dibatalkan dan diganti ke suatu tarikh yang bersesuaian.

  6. Kebenaran yang diberikan adalah bagi tujuan perkara yang dimaksudkan sahaja. Sebarang aktiviti lain mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran Jabatan ini dengan menghadapkan permohonan kepada Pengarah Belia dan Sukan.

  7. Pihak Pengguna tidak dibenarkan untuk meminjamkan kemudahan yang telah diperuntukan kepada pihak lain. Sebarang pembatalan/penangguhan atau jika hari-hari penggunaan yang diberikan tidak lagi dikehendaki hendaklah dimaklumkan kepada Pengawas Kompleks-Kompleks berkenaan lima (5) hari sebelum tarikh penangguhan/pembatalan.

  8. Pihak Pengguna adalah dinasihatkan untuk menangguhkan sebarang permainan/kegiatan pada setiap kali azan berkumandang

  9. Sebarang tuntutan kerja lebih masa yang melibatkan kakitangan Jabatan ini yang diaturkan bertugas semasa penggunaan pihak pengguna, akan dihadapkan kepada pihak pengguna bagi sebarang urusan pembayaran mengenainya. Dalam hubungan ini, dipohonkan surat pengesahan mengenai persetujuan pembayaran kerja lebih masa dari pihak pengguna sebelum penggunaan padang tersebut.

  10. Jika padang Kompleks tersebut didapati becak, pihak pengguna mestilah memberikan kerjasama untuk tidak menggunakan padang berkenaan sebagai tempat perlawanan.

  11. Sebarang penggunaan kemudahan-kemudahan atau bilik-bilik yang terdapat di Kompleks-Kompleks berkenaan, pihak pengguna hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada Jabatan ini.

  12. Jabatan ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kecurian ke atas harta benda individu termasuk kemalangan dan kecederaan pengguna sepanjang waktu penggunaan.

  13. Pihak pengguna adalah bertanggungjawab untuk membersihkan kawasan dan tempat-tempat yang digunakan disepanjang waktu iaitu semasa dan setelah selesai penggunaan dan jika didapati gagal, sebarang tuntutan kerja-kerja pembersihan akan dikenakan.

  14. Pihak pengguna tidak dibenarkan untuk memberi kebenaran bagi sebarang aktiviti berjual atau berjaja kepada mana-mana pihak sehingga mendapat kebenaran dari Agensi Kerajaan yang tertentu dan kebenaran tersebut hendaklah juga dihadapkan ke Jabatan ini.

  15. Untuk makluman pihak pengguna kompleks akan ditutup sementara dan diberhentikan segala kegiatannya dari jam 6.00 petang hingga 7.00 malam

  16. Pihak pengguna bertanggungjawab bagi memastikan keselamatan keseluruhan harta benda dan kemudahan yang disediakan dan sebarang kerosakan yang berlaku semasa waktu penggunaan adalah menjadi tanggungjawab pihak pengguna untuk mengganti atau membaikinya dan jika kerja-kerja pembaikan diuruskan oleh pihak Jabatan ini, maka sebarang tuntutan bagi kerja-kerja tersebut akan dihadapkan kepada pihak pengguna bagi urusan pembayaran.

  17. Dilarang membawa atau meminum MINUMAN KERAS atau apa jua jenis makanan yang ditegah oleh Ugama Islam dan sebarang kegiatan PERMAINAN JUDI adalah ditegah.

  18. MEROKOK ADALAH DITEGAH di Kompleks-Kompleks Sukan di bawah kawalan Jabatan Belia dan Sukan, pihak pengguna adalah bertanggungjawab bagi memastikan pemain/pengguna tidak dibenarkan merokok atau menggunakan rokok eletronik ( Vape ) dikawasan Kompleks Sukan Jerudong.

  19. Pihak pengguna jua dipertanggungjawabkan untuk memaklumkan kepada peserta yang terlibat di sepanjang penggunaan supaya akan meletakkan kereta mereka dikawasan letak kereta yang sedia ada.

  20. Jika sebarang aktiviti yang dijalankan atau peralatan yang diperbantukan kepada pihak pengguna didapati tidak mematuhi syarat-syarat yang tersebut di atas maka Jabatan ini berhak membatalkan permohonan tersebut.

  21. Jabatan ini berhak meminda atau menambah mana-mana syarat yang difikirkan perlu dari masa ke masa.