PERANAN

  • Peranan dan fungsi Jabatan (sejak April 1993) Sekarang dikenali sebagai Jabatan Belia dan Sukan adalah mengawasi perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal 'belia dan sukan' 

  • Mengatur langkah-langkah mengelola, mentadbir dan melaksanakan rancangan-rancangan mengenai dengan 'belia dan sukan' 

  • Merancang dan memajukan sukan negara secara terpimpin dan terkenal dengan tujuan supaya dapat membentuk masyarakat yang kukuh dan bersatupadu, kukuh bukan saja dari segi tubuh badan ahli-ahli masyarakat itu tetapi juga dari segi pendirian dan semangat mereka sesuai dengan kehendak-kehendak masyarakat dan negara.

  • Mengawal, memimpin dan menyusun pergerakan-pergerakan dan aktiviti-aktiviti 'belia dan sukan' 

    nota: Catatan daripada Surat Keliling Pejabat Setiausaha kerajaan Bilangan SUK/90/74 bertarikh 29 Jun 1974.


    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
  • Merancang, mengawal, memimpin dan menyusun pergerakan-pergerakan dan kegiatan-kegiatan belia demi untuk membina belia yang bertanggungjawab, dinamik, berdikari, bernilai positif dan bersedia menyahut seruan pembangunan negara. 

  • Merancang, menyusun dan mengawal program-program sukan untuk membentuk masyarakat cergas, sihat, berdisiplin, dinamik, tahan lasak dan berdikari dan secara langsung untuk menuju kearah pencapaian sukan kecemerlangan. 

  • Menyediakan kemudahan-kemudahan infrastruktur, seperti venue-venue sukan, pusat-pusat belia dan bantuan-bantuan kewangan serta khidmat nasihat kepada persatuan-persatuan belia dan persatuan-pesatuan sukan.

  • Merancang latihan-latihan sivik, tata negara, kepimpinan, motivasi dan pendedahan para belia serta bantuan jurulatih bagi memperbaiki mutu kesukanan kepada atlit sukan.