OBJEKTIF / MATLAMAT / TUJUAN

  1. Merancang, melaksanakan dan memantau Program Pembangunan Sukan yang berasaskan kepada ‘Dasar Sukan Negara’, berhasrat untuk melahirkan belia-belia yang Sihat, Disiplin, Dinamik yang mempunyai semangat lawan dan seterusnya Kecemerlangan melalui Sukan Untuk Masyarakat dan Kecemerlangan Sukan.

  2. Menyediakan dan menghasilkan belia-belia dan atlit-atlit yang bertanggungjawab kepada Ugama, Raja, Bangsa dan Negara.

  3. Menghasilkan atlit dan para belia yang berpotensi tinggi kearah Kecemerlangan di Peringkat Serantau dan Antarabangsa.

  4. Menggunakan aktiviti-aktiviti sukan sebagai pembangunan sosial.


UNIT PRESTASI TINGGI

  • Penyediaan perancangan program atlit bagi penyertaan di kejohanan peringkat Serantau dan Antarabangsa
  • Meneliti sokongan bagi pencalonan atlit dan sukan ke kejohanan di peringkat Serantau dan Antarabangsa
  • Persediaan Kontinjen Negara bagi penyertaan Sukan Berkontinjen di peringkat Serantau dan Antarabangsa
  • Menyelaras Skim Penggalak Kecemerlangan Sukan (SPKS)
  • Sukan diperingkat Antarabangsa (penyertaan sukan berkontinjen):-
  • SUKAN PERINGKAT DUNIA (IOC)
    • Olympic Games
    • Youth Olympic Games
  • SUKAN PERINGKAT ASIA (OCA)
    • Asian Games
    • Asian Indoor & Martial Arts Games
    • Asian Beach Games
    • Asian Youth Games
  • SUKAN PERINGKAT KOMANWEL (CGF)
    • Commonwealth Games
    • Youth Commonwealth Games
  • SUKAN PERINGKAT KESATUAN NEGARA-NEGARA ISLAM (ISSF)
    • Islamic Games Federation
  • SUKAN PERINGKAT ASIA TENGGARA (SEAGF)
    • Southeast Asian Games

 

UNIT PERSATUAN-PERSATUAN SUKAN KEBANGSAAN

  • Memantau hal ehwal yang berkaitan dengan Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan
  • Meneliti program tahunan / ‘blue print’ Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan
  • Memantau program-program sukan yang dianjurkan oleh Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan
  • Sebagai Urusetia bagi menimbang permohonan dan pemberian bantuan ke Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan

 

UNIT KEJURULATIHAN DAN PEMBANGUNAN SUKAN (UKPS)

  • Menyediakan program latihan bagi remaja dan elit (syllabus)
  • Menyelaras pengambilan jurulatih luar negeri, tempatan dan sambilan
  • Bantuan khidmat jurulatih kepada jabatan-jabatan kerajaan dan sekolah-sekolah
  • Merancang dan menyelaras skim-skim remaja di keempat-empat daerah
  • Merancang program latihan skim remaja
  • Merancang kursus-kursus kejurulatihan
  • Merancang keperluan peralatan bagi latihan skim remaja dan juga elit
  • Program-Program anjuran UKPS:
  • Pembangunan Sukan (Grassroot) & (Talent Identification)
  • Program SKIM JBS dan Daerah-Daerah
  • Program Latihan bagi Atlit Kebangsaan
  • Latihan Pendedahan & Kejohanan bagi Atlit Potensi & Kebangsaan
  • PROGRAM ATLIT ELIT & KEBANGSAAN
    • Kejohanan Pendedahan
    • Latihan Luar Negeri
    • Aplikasi Sains Sukan

 

UNIT SUKAN UNTUK MASYARAKAT

  • Menyelaras penganjuran sukan dalam negeri dari segi penyediaan kertas kerja kejohanan termasuk peruntukan yang diperlukan dan keperluan-keperluan yang berkenaan
  • Merancang persediaan bagi penganjuran kejohanan dalam negeri di peringkat kebangsaan dan sukan berbentuk kemasyarakatan
  • Sukan-sukan anjuran Unit Sukan untuk Masyarakat:-
  • Sukan Kebangsaan Brunei Darussalam (SKBD)
  • Skim Remaja
  • Sukan bagi Wanita
  • Sukan Peringkat Daerah
  • Pesta Sukan Kementerian
  • Sukan Mukim-Mukim
  • Sukan anjuran Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan
  • Sukan berbentuk Amal (Charity Event)
  • Aktiviti Larian anjuran Unit Sukan untuk Masyarakat:-
  • Larian Hari Kebangsaan
  • Larian Hari Keputeraan
  • Larian Hari Belia Kebangsaan
  • Larian Hari Olimpik

 

UNIT PENYELIDIKAN DAN PANGKALAN DATA

  • Membuat kaji selidik bagi perkembangan sukan
  • Mengumpul data-data penyertaan atlit Negara ke kejohanan di luar negeri dan pencapaian atlit Negara ke kejohanan tersebut
  • Mengumpul dan menganalisa laporan-laporan penyertaan Negara di kejohanan-kejohanan peringkat Serantau dan Antarabangsa
  • Membukukan maklumat bagi projek Bahagian Sukan dan Laporan tahunan Bahagian Sukan
  • Menyelaras Sumber Rujukan Bahagian Sukan

 

UNIT PENTADBIRAN

  • Hal Ehwal Pengurusan dan Pentadbiran
  • Memantau Perkembangan tenaga manusia
  • Menyelaras mesyuarat pegawai dan kakitangan
  • Menyelaras permohonan cuti tanpa catat dan kelonggaran waktu bekerja