Jabatan ini ditubuhkan sebagai sebuah jabatan tersendiri pada 1 April,1993. Sejak Julai 1974 ia hanya merupakan salah satu bahagian operasional dalam Jabatan Kebajikan, Belia dan Sukan. Pada ketika ini Ibu Pejabat jabatan ini telah di tempatkan di Tingkat 4, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Disamping berpusat di Bandar Seri Begawan Jabatan ini juga mempunyai cawangan-cawangan di: 

Daerah Brunei Muara, Daerah Belait, Daerah Tutong dan Daerah Temburong 

Cawangan-cawangan daerah ini berperanan bagi melaksanakan pentadbiran Kegiatan, Program, Acara dan kemudahan-kemudahan mengenai hal ehwal belia dan hal ehwal sukan di peringkat daerah dan Kebangsaan jika dilantik sebagai tuan rumah.