Bahagian Latihan dan Pusat Sumber lebih memfokuskan kepada pembangunan sumber manusia secara proaktif terhadap 'core-business' yang utama iaitu penyelarasan Kursus dan Latihan disamping tugas-tugas biasa dilaksanakan sebelum ini.


TUGAS-TUGAS & PERANAN

Kursus - dikhususkan kepada pembinaan untuk meningkatkan kepakaran seperti: 

  • Mengatur dan menyelaras penempatan kerja bagi dalam mahupun luar negeri. 
  • Menyelaras permohonan kursus jangka panjang luar dan dalam negeri (LDP) 
  • Menyelaras permohonan kursus jangka pendek dalam dan luar negeri 
  • Menjemput pakar-pakar luar negeri bagi Bahagian-Bahagian di Jabatan Belia dan Sukan yang memerlukan bagi mengendali kursus. 
  • Menghantar pegawai dan kakitangan jabatan ini untuk menghadiri mesyuarat, kursus luar negeri bagi yang berkenaan. 

Latihan - dikhususkan kepada penyediaan keperluan latihan yang berbentuk physical dan praktikal kepada: 

  • Pegawai dan kakitangan yang memerlukan dan bersesuaian. 
  • Penghantaran latihan bagi skim-skim di bawah kawalan Jabatan Belia dan Sukan.
  • Penghantaran wakil-wakil persatuan yang memerlukan dan mengikut kesesuaiannya sebagaimana yang difikirkan perlu oleh jabatan ini atau tawaran-tawaran luar yang diterima dari pihak-pihak yang berkenaan.