BERITA TERKINI
Archive by author: Web AdminReturn
Kemeriahan suasana Sambutan Aidilfitri KKBS
BERAKAS, Sabtu, 8 Julai. - Sambutan Hari Raya Aidilfitri terus disemarakkan oleh pelbagai pihak.  Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) juga tidak ketinggalan dalam meraikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Majlis diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof. D...
Read More

Kawah Obor Sukan SEA dipindah

posted on
Kawah Obor Sukan SEA dipindah
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Julai. - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan memaklumkan bahawa kerja-kerja penurunan Kawah Obor Sukan Asia Tenggara Ke-20, Negara Brunei Darussalam 1999 (The Cauldron of the 20th SEA Games Brunei Darussalam 1999) di Stadium Negara Hassanal Bolkiah telah dilakukan hari ini dan dipindah di hadapan Galeri Sukan di kawasan berdekatan Stadium berkenaan. Kawah Obor itu merupakan 'instrumental' kepada penganjuran Kejohanan Sukan SEA di mana Negara Brunei Darussalam ...
Read More

HBK ke-12 pada 1 ogos depan

posted on
HBK ke-12 pada 1 ogos depan
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 5 Julai. - Sambutan Hari Belia Kebangsaan merupakan salah satu daripada acara tahunan yang utama anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS). Hari Belia Kebangsaan (HBK) jatuh pada 1 Ogos setiap tahun, di mana para belia terdiri dari pelbagai latar belakang akan berkumpul pada hari tersebut dengan tujuan yang bermakna. Pengisytiharan Hari Belia oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi 1 ...
Read More
Pencalonan Anugerah Hari Belia Kebangsaan 2017 dilanjutkan
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 4 Julai. - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) memaklumkan bahawa pencalonan bagi Anugerah Hari Belia Kebangsaan 2017 sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-12, tahun ini dilanjutkan sehingga 6 Julai.   Menurut Siaran Akhbar Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, borang-borang boleh dimuat turun dari laman sesawang rasmi Jabatan Belia dan Sukan di 'www.belia-sukan.gov.bn/SHBK2017'.   Kategori anugerah pada tahun ini dibahagikan pada empat, iaitu B...
Read More

Membaca Al-Quran diberi kemuliaan

posted on
Membaca Al-Quran diberi kemuliaan
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 22 Jun. - Al-Quran itu merupakan kalam Allah Subhanahu Wata’ala yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan merupakan mukjizat yang paling agung.   Membaca Al-Quran itu merupakan satu ibadat berbanding dengan membaca bahan bacaan yang lain di mana satu ayat Al-Quran itu akan diberi satu kebajikan.   Orang yang membaca Al-Quran akan diberi kemuliaan oleh Allah Subhanahu Wata'ala manakala mereka yang lari dari Al-Quran, tidak mahu membaca d...
Read More

Hamper raya bagi 20 anak yatim

posted on
Hamper raya bagi 20 anak yatim
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 22 Jun. - Seramai 20 anak yatim dan empat buah keluarga menerima sumbangan derma berupa hamper sempena menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.   Majlis penyerahan hamper-hamper berkenaan diadakan di Dewan Riadah, Pusat Belia, petang tadi dan disempurnakan oleh Penolong Penyelia Pusat Belia, Awang Ibrahim bin Haji Sabli.   Sumbangan dan bantuan yang disampaikan adalah sebagai satu dakwah berkesan bagi memeduli serta memantau dari segi aspek perkembangan ke...
Read More

40 keluarga terima sumbangan hamper

posted on
40 keluarga terima sumbangan hamper
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 18 Jun. - Seramai 40 buah keluarga di Daerah Brunei dan Muara yang telah dikenal pasti dan mempunyai pendapatan rendah serta memiliki banyak tanggungan menerima sumbangan hamper untuk Hari Raya Aidilfitri dalam Program Jalinan Kasih Belia 2017.   Majlis pengagihan hamper tersebut diadakan  tadi di Pusat Belia di ibu negara.   Hadir di majlis tersebut bagi melancarkan program berkenaan ialah Penasihat Bersama, Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Pengiran Anak Md. Sof...
Read More
Lebih 1,000 beliawanis sertai Perhimpunan Bertadarus Al-Quran Belia Senegara
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 15 Jun. - Seramai 1,070 beliawanis dari agensi-agensi kerajaan, persatuan-persatuan belia, penuntut-penuntut, bekas peserta-peserta program belia dan orang perseorangan menyertai Majlis Perhimpunan Bertadarus Al-Quran Belia Senegara bagi Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi.    Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berkena...
Read More
Berangkat ke Perhimpunan Bertadarus Al-Quran Belia Senegara Ke-6
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 15 Jun. - Lebih 3,000 orang belia dan beliawanis yang terdiri daripada agensi-agensi kerajaan dan persatuan belia, para penuntut, bekas peserta program belia dan orang-orang perseorangan telah menyertai Perhimpunan Bertadarus Al-Quran Belia Senegara Ke-6, Tahun 2017 berlangsung di sini.   Majlis diadakan secara berasingan di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong bagi belia lelaki dan Masjid Omar 'Ali Saifuddien di ibu negara bagi belia perempuan.   Berangk...
Read More

KKBS adakan tahlil di Kubah Makam Diraja

posted on
KKBS adakan tahlil di Kubah Makam Diraja
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 7 Jun. - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Bertahlil khusus bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendehara...
Read More
Page 1 of 7FirstPrevious[1]2345NextLast