BERITA TERKINI
11

Dua atlet azam cipta nama di Azerbaijan

posted on
Dua atlet azam cipta nama di Azerbaijan
BERAKAS, Rabu, 10 Mei. - Seramai enam ahli Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada Chef de Mission, dua orang atlet, dua jurulatih dan seorang pegawai urusetia berlepas ke Baku, Arzerbaijan bagi menyertai Sukan Perpaduan Islam Ke-4 (4th Islamic Solidarity Games).
 
Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Awang Haji Noor Jusmin bin Haji Abd. Samad.
 
Pada kesempatan itu, Setiausaha Tetap KKBS turut memberikan kata-kata semangat juga nasihat kepada kontinjen negara sebelum mereka berlepas.
 
Kontinjen negara yang diketuai oleh Kolonel (B) Pengiran Haji Zulkifli bin Pengiran Haji Ismail, selaku Chef de Mission Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke sukan tersebut dalam temu bual ringkas bersama Pelita Brunei menjelaskan, persiapan negara bagi atlet yang akan bertanding pada kali ini telah membuat persediaan intensif sejak tiga bulan yang lalu, yang mana latihan-latihan adalah di bawah kawalan kedua-dua jurulatih tersebut.
 
Menurutnya lagi, antara pencapaian yang pernah diraih oleh kontinjen negara dalam anjuran kejohanan yang sama ialah semasa Sukan Perpaduan Islam Ke-3, 2013 di Palembang, Indonesia yang mana kontinjen negara telah berjaya memperolehi satu pingat perak bagi Acara Wushu Men's Duillian melalui gandingan Awang Md. Sufi Shayiran bin Roslan dan Awang Mohammad Adi Sya'rani bin Roslan.
 
Dari itu tambahnya, adalah diharapkan agar kotinjen negara membuat yang terbaik bagi memperolehi hasil yang terbaik bagi mengharumkan nama negara dan sekali gus berjaya mendapatkan pingat-pingat bagi kejohanan yang disertai, di samping berharap agar para atlet turut bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran dari peserta negara-negara lain.
 
Sukan Perpaduan Islam Ke-4 akan berlangsung pada 12 hingga 22 Mei 2017, di mana ini merupakan penyertaan negara kali ketiga pada kojahanan sukan berkenaan, yang mana pada kali ini kontinjen negara akan menyertai dua acara yang dipertandingkan, iaitu acara 200 meter yang diwakili oleh Awang Mohd. Noor Firdaus Ar-Rasyid bin Haji Md. Idris dan sukan Karate bagi acara Kumite 60 kilogram yang diwakili oleh Awang Muhd Fida'iy bin Haji Sanif.
 
 
Sumber: Pelita Brunei

 

Return