BERITA TERKINI
09

10 peserta bakal perdengarkan bacaan Al-Quran

posted on
10 peserta bakal perdengarkan bacaan Al-Quran
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 8 Mei. - Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 1438 Hijrah / 2017 Masihi Peringkat Akhir anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) akan diadakan pada Khamis, 11 Mei di Dewan Digadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
 
Menurut Siaran Akhbar Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), seramai 101 penyertaan dari keempat-empat daerah telah pun diterima tahun ini dan seramai 10 peserta, iaitu empat qari dan empat qariah terpilih di peringkat separuh akhir dan dua orang johan menunggu (johan qari dan johan qariah tahun) akan memperdengarkan bacaan mereka Khamis ini.
 
Peserta qari ialah Awang Muhammad Sa'dun bin Suhaili (johan menunggu); Awang Abdull Mu'in bin Haji Abd. Hamid; Awangku Adi Nazri bin Pengiran Haji Jofri; Awang Abdul Wafiy bin Haji Ibrahim dan Awang Ahmad Zulwaqar bin Suhaili.
 
Manakala peserta qariah ialah Dayangku Siti Ummi Syazana binti Pengiran Marjuki (johan menunggu); Dayangku Amal Zahirah binti Pengiran Haji Jofri; Dayangku Alma Hazirah binti Pengiran Haji Jofri; Dayang Seri Syazwani binti Haji Rosman dan Dayangku Fauziah Nadhirah binti Pengiran Haji Jofri.
 
Dalam pada itu, KKBS mengajak orang ramai khususnya para belia yang berhasrat ingin menyaksikan musabaqah tersebut untuk hadir bagi meramaikan lagi musabaqah yang akan bermula pada jam 8.00 malam.
 
Tempat duduk adalah terhad, orang ramai yang hadir ke musabaqah tersebut hendaklah berpakaian kemas, iaitu baju melayu lengkap bersinjang dan bersongkok bagi lelaki.
 
Sementara perempuan hendaklah memakai baju kurung dan bertudung.
 

 

Return