BERITA TERKINI
27

Sertai Mesyuarat Persediaan Pemimpin Belia ASEAN

posted on
Sertai Mesyuarat Persediaan Pemimpin Belia ASEAN
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 26 April. - Dua belia dari Kementerian Pendidikan dan graduan Ph.D terpilih untuk menyertai Mesyuarat Persediaan Pemimpin Belia ASEAN bagi Sidang Kemuncak ASEAN 2017 dan Pemimpin Belia ASEAN yang berkaitan dengan Pemimpin ASEAN di Manila, Republik Filipina bermula hari ini hingga 29 April.
 
Menurut Siaran Akhbar Jabatan Belia dan Sukan, delegasi tersebut terdiri daripada Pegawai Pentadbiran, Kementerian Pendidikan dan bekas peserta Program Pertukaran Ketua Belia Singapura-Brunei, Pengiran Muhammad Ameer Mubarak bin Pengiran Haji Hashim dan Graduan Ph. D dalam Pengajian Tenaga dan bekas peserta Program Kapal Belia Asia Tenggara, Dr. Andery Lim. 
 
Hadir untuk mengucapkan selamat belayar di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang Haji Rosmadee bin Haji Md. Daud.
 
Mesyuarat Persediaan Pemimpin Belia ASEAN bagi Sidang Kemuncak ASEAN 2017 dan Pemimpin Belia ASEAN yang berkaitan dengan Pemimpin ASEAN akan diadakan selama dua hari sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-30, Bandaraya Pasay.
 
Semasa mesyuarat tersebut, para peserta akan menghadiri bengkel keusahawanan, pekerjaan, kesukarelawanan, dunia mobiliti dan perubahan iklim; di samping itu mereka juga akan menghadiri Majlis Perasmian Sidang Kemuncak ASEAN Ke-30 yang akan diadakan pada 29 April nanti di Pusat Konvensyen Antarabangsa Filipina (PICC).

 

Return