BERITA TERKINI
18

20 Peserta sertai Kursus Pengurusan Asas Kecederaan

posted on
20 Peserta sertai Kursus Pengurusan Asas Kecederaan
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 17 April. - Seramai 20 peserta menyertai kursus sehari Pengurusan Asas Kecederaan Field Side yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD) dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Pusat Perubatan dan Penyelidikan Sukan, di sini.
 
Kebanyakan daripada peserta terlibat dalam Liga Remaja Bawah 16 Tahun NFABD sebagai jurulatih dan medik dan kini didedahkan dengan cara-cara memberi pertolongan cemas serta mentadbir CPR asas (bantuan pernafasan) dalam kes kecemasan di padang.
 
Menurut Siaran Akhbar NFABD, kursus berkenaan dikendalikan oleh Presiden Persekutuan Perubatan Sukan Asia, Dr. Danish Zaheer dan Doktor Sukan Sains di SMRC, Dr. Essam Muhammad Shabaan.
 
"Kami mengajar mereka asas-asas membantu memulihkan mangsa yang pengsan sehingga bantuan perubatan tiba," ujar Presiden Persekutuan Perubatan Sukan Asia.
 
Dr. Danish seterusnya menambah bahawa pengetahuan CPR perlu menjadi wajib untuk semua orang, menurutnya, jika seseorang itu ditadbir CPR dalam tempoh 10 minit pertama selepas pengsan, dia mempunyai peluang 90 peratus hidup.
 
Kursus tersebut bermula dengan taklimat 'Pengurusan Kecederaan Field Side' dan cara menguna buku log Rekod Kejadian Kecederaan.
 
Satu kuliah, persembahan video dan praktikal telah diadakan untuk CPR asas, manakala pada sesi petang memberi tumpuan pada pertolongan kecemasan.
 
Dalam ucapannya, Setiausaha Agung NFABD, Awang Haji Abd. Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah yang juga tetamu kehormat tersebut melahirkan ucapan tahniah pada jawatankuasa penganjur kerana menganjurkan kursus berkenaan dan berharap para peserta akan meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang ini jika mempunyai peluang.

 

Return