BERITA TERKINI
Kontinjen negara selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 24 Mei. - Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang menyertai Sukan Perpaduan Islam Keempat selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) di sini.    Pada kali ini, kontinjen negara yang menyertai dua acara iaitu Olahraga 200M Lelaki dan Karate bagi acara Kumite 60Kg kurang bernasib baik apabila tidak memperolehi sebarang pingat.   Hadir mengalu-alukan kedatangan kontinjen di sini ialah Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, ...
Read More

Atlet cemerlang terima ganjaran

posted on
Atlet cemerlang terima ganjaran
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 20 Mei. - Seramai 77 atlet, tujuh jurulatih, 12 penolong jurulatih dan enam dari Persatuan Sukan Kebangsaan menerima Ganjaran Kemenangan Skim Penggalak Kecemerlangan Sukan (SPKS).   Para penerima adalah atlet-atlet dari sukan Wushu, Sepak Takraw, Pencak Silat, Bola Jaring, Boling Padang, Olahraga dan Tenpin Bowling yang telah berjaya meraih pingat di 8th Asian Junior Wushu Championship 2015 pada 6 hingga 9 Ogos 2015 di Inner Mongolia, China; 7th ASEAN School Games d...
Read More

JBS dan JHEU buat kerja kebajikan

posted on
JBS dan JHEU buat kerja kebajikan
LUMUT, Sabtu, 20 Mei. - Kegiatan membersihkan tanah perkuburan memang menjadi amalan orang-orang Islam di negara ini terutama setiap kali menjelangnya bulan Ramadan dan amalan seperti itu menunjukkan perpaduan serta kerjasama kuat bagi penduduk juga masyarakat kampung.   Sehubungan itu, Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melaksanakan usaha yang berkebajikan itu dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Ugama, Kementerian Hal Ehwal Ugama membersihkan Tanah Perkuburan An-N...
Read More
Program Belia Bertahlil menjelang Ramdhan
LUMAPAS, Jumaat, 19 Mei. - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampung (MPK) Lumapas dan Persatuan Belia Lumapas (PERLU) hari ini mengadakan Program Belia Bertahlil di Tanah Perkuburan Orang-orang Islam bertempat di Tanah Perkuburan Islam, Tunjuk Langit, Kampung Lumapas.   Menurut Siaran Akhbar KKBS, program tersebut antara lain bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada belia-belia dengan mengisi aktiviti yang bermanfaat terutama sekali dalam m...
Read More

Kedutaan Jepun anjur Demonstrasi Judo

posted on
Kedutaan Jepun anjur Demonstrasi Judo
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 16 Mei. - Sebagai langkah pertama ke arah Program Pertukaran Judo di Negara Brunei Darussalam, satu Demonstrasi Judo yang meliputi bentuk-bentuk asas dan teknik Judo diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, di sini.   Program pertukaran tersebut yang berlangsung mulai 15 Mei hingga 18 Mei 2017 dianjurkan oleh Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan Kementerian Pend...
Read More
Generasi muda terdedah dengan pelbagai pengaruh
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 11 Mei. - Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan kelolaan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1980-an telah berjaya melahirkan banyak qari dan qariah belia yang berkaliber dan seterusnya mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi.   Di samping itu, ia juga berperanan sebagai wadah kepada qari dan qariah belia di negara ini untuk melihat keupayaan dan prestasi masing-masing khususnya dalam bidang pembacaan Al-Qur...
Read More

Dua atlet azam cipta nama di Azerbaijan

posted on
Dua atlet azam cipta nama di Azerbaijan
BERAKAS, Rabu, 10 Mei. - Seramai enam ahli Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada Chef de Mission, dua orang atlet, dua jurulatih dan seorang pegawai urusetia berlepas ke Baku, Arzerbaijan bagi menyertai Sukan Perpaduan Islam Ke-4 (4th Islamic Solidarity Games).   Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Awang Haji Noor Jusmin bin Haji Abd. Samad.   Pada kesempatan ...
Read More

Hidupkan kembali Sukan Judo

posted on
Hidupkan kembali Sukan Judo
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 10 Mei. - Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Japan Foundation Asia Center dan Kodokan Judo Institute akan menganjurkan Program Pertukaran Judo bermula 15 hingga 18 Mei 2017.   Sehubungan dengan itu, sebagai langkah pertama ke arah Program Pertukaran Judo di Negara Brunei Darussalam, satu sesi Demonstrasi Judo yang meliputi bentuk-bentuk asas dan teknik Judo akan diadakan pada hari Selasa, 16 Mei...
Read More
10 peserta bakal perdengarkan bacaan Al-Quran
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 8 Mei. - Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 1438 Hijrah / 2017 Masihi Peringkat Akhir anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) akan diadakan pada Khamis, 11 Mei di Dewan Digadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.   Menurut Siaran Akhbar Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), seramai 101 penyertaan dari keempat-empat daerah telah pun diterima tahun ini dan seramai 10 peserta, iaitu empat qari dan empat qariah terpilih...
Read More
Acara kemuncak Hari Keluarga Kebangsaan meriah- Riadah dan Kayuhan Keluarga Harmoni eratkan Raja dan rakyat
BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 7 Mei. - Suasana di ibu negara sangat meriah apabila semua lapisan masyarakat dan seisi keluarga sama-sama menyertai acara kemuncak Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan (HKK) 2017 tahun ini iaitu Riadah dan Kayuhan Keluarga Harmoni 2017.   Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan b...
Read More
Page 1 of 18FirstPrevious[1]2345NextLast