
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Yang Mulia Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada 15 orang delegasi daripada Republik Korea yang berumur antara 16 hingga 24 tahun. Majlis telah berlangsung di Bilik Ayer Berkunci, Hab Tenaga, Dermaga Diraja.
Perisian majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diketuai oleh Yang Mulia Muhammad ‘Arief Zuhairi Chia bin Abdullah Syihab, alumni peserta Program Pertukaran Belia Negara Brunei Darussalam dan Republik Korea 2023, diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pemangku Pengarah Belia dan Sukan dan ucapan daripada Ketua Rombongan Delegasi, Yang Mulia Mr. Jang Honam. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada delegasi program yang disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Belia dan Sukan.
Program Pertukaran Belia Negara Brunei Darussalam dan Republik Korea ini dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan dengan kerjasama Korea Youth Work Agency dan Ministry of Gender Equality and Family. Delegasi Republik Korea berada di Negara Brunei Darussalam selama sepuluh hari bermula pada 24 Jun hingga 3 Julai 2026.
Program yang bertemakan Al-Ready Youth: Co-Creating a Sustainable Digital Future ini diisikan dengan pelbagai aktiviti yang disusun, antaranya ialah lawatan ke institusi kerajaan, syarikat teknologi, pusat inovasi berkaitan Artificial Intelligence dan aktiviti pertukaran budaya serta program keluarga angkat (homestay) yang membolehkan peserta merasai kehidupan masyarakat tempatan, memahami budaya setempat dan mengeratkan hubungan antara rakyat kedua-dua negara.