Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

22.06.2026 | Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1448 Bagi Kementerian Kebudayaan, Belia Dan Sukan Dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya

WhatsApp Image 2026-06-23 at 8.40.22 AM (1).jpegWhatsApp Image 2026-06-23 at 8.40.20 AM.jpegWhatsApp Image 2026-06-23 at 8.40.22 AM.jpegWhatsApp Image 2026-06-23 at 8.40.21 AM (2).jpegWhatsApp Image 2026-06-23 at 8.40.23 AM.jpegWhatsApp Image 2026-06-23 at 8.40.23 AM (1).jpegWhatsApp Image 2026-06-23 at 8.40.24 AM (1).jpegWhatsApp Image 2026-06-23 at 8.40.20 AM (1).jpegWhatsApp Image 2026-06-23 at 8.40.21 AM.jpegWhatsApp Image 2026-06-23 at 8.40.21 AM (1).jpegWhatsApp Image 2026-06-23 at 8.40.22 AM (2).jpegWhatsApp Image 2026-06-23 at 8.40.24 AM.jpegWhatsApp Image 2026-06-23 at 8.40.24 AM (2).jpeg
WhatsApp Image 2026-06-23 at 8.40.23 AM (2).jpeg

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1448 bertempat di Dewan Digadong, bangunan KKBS. Majlis telah dikelolakan oleh Jabatan Belia dan Sukan (JBS).

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Antara perisian majlis ialah ceramah yang bertajuk ‘Hijrah Penyelamat Aqidah’ yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Awang Haji Muhammad Najib bin Haji Awang, Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Da’wah Islamiah dan  Dikir Marhaban oleh Firqah Al-Falaah, Kumpulan Dikir KKBS bagi meraikan kepulangan para jemaah haji yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan KKBS serta jabatan-jabatan di bawahnya.

Adapun tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memperingati peristiwa agung Hijrah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dari Kota Mekah ke Kota Madinah, di samping memupuk semangat perpaduan, mempererat ukhuwah dan mengukuhkan hubungan silaturahim antara warga KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya.
Attachments
Created at 6/25/2026 4:13 PM by  
Last modified at 6/25/2026 4:14 PM by