Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

20.06.2026 | Kursus Kepimpinan Pergerakan Belia Mengukuh Sinergi Kerja Berpasukan

WhatsApp Image 2026-06-24 at 12.12.25 PM.jpegWhatsApp Image 2026-06-24 at 12.12.26 PM.jpegWhatsApp Image 2026-06-24 at 12.12.26 PM (1).jpegWhatsApp Image 2026-06-24 at 12.12.26 PM (2).jpegWhatsApp Image 2026-06-24 at 12.12.26 PM (3).jpegWhatsApp Image 2026-06-24 at 12.12.27 PM.jpegWhatsApp Image 2026-06-24 at 12.12.27 PM (1).jpegWhatsApp Image 2026-06-24 at 12.12.27 PM (2).jpegWhatsApp Image 2026-06-24 at 12.12.28 PM.jpegWhatsApp Image 2026-06-24 at 12.12.28 PM (1).jpegWhatsApp Image 2026-06-24 at 12.12.28 PM (2).jpegWhatsApp Image 2026-06-24 at 12.12.28 PM (3).jpegWhatsApp Image 2026-06-24 at 12.12.29 PM.jpegWhatsApp Image 2026-06-24 at 12.12.29 PM (1).jpegWhatsApp Image 2026-06-24 at 12.12.29 PM (2).jpeg

Jabatan Belia dan Sukan melalui Bahagian Belia telah mengadakan Majlis Penutup Bagi Kursus Kepimpinan Pergerakan Belia 2026: Mengukuhkan Sinergi Kerja Berpasukan bertempat di Perkampungan Sukan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.  

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Hajah Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim, Pengarah Belia dan Sukan.

Atur cara majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Yang Mulia Mohammad Hazwan Nizam bin Ibrahim, Sukarelawan Belia, diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Amirul Syazmie bin Ibrahim, Penolong Ketua Pegawai Belia dan Sukan, dan diteruskan dengan ucapan daripada wakil peserta kursus.  

Majlis turut menyaksikan tayangan video sepanjang kursus diadakan, dan diselajurkan dengan penyampaian sijil dan penghargaan pasukan yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

Kursus Kepimpinan Pergerakan Belia merupakan salah satu inisiatif pembangunan kapasiti belia melalui pendekatan aktiviti berkumpulan dan interaktif selama dua hari bermula pada 20 hingga 21 Jun 2026. Program ini akan diadakan dua kali dalam setahun untuk memperkukuh semangat kerjasama berpasukan, komunikasi, kepimpinan serta sense of belonging dalam kalangan ahli pergerakan belia di Negara Brunei Darussalam. 

Objektif kursus adalah untuk memperkukuh semangat kerjasama berpasukan dan budaya teamwork dalam kalangan ahli pergerakan belia disamping membina kemahiran komunikasi, pengurusan pasukan dan penyelesaian masalah melalui aktiviti berkumpulan dan interaktif serta memupuk nilai kepimpinan, kepercayaan dan semangat tanggungjawab bersama dalam organisasi belia.   

Melalui pelaksanaan program secara 2 hari 1 malam ini, peserta dapat didedahkan kepada aktiviti berbentuk interaktif dan teamwork challenges yang dapat membantu meningkatkan kemahiran komunikasi, problem solving serta memupuk semangat tanggungjawab bersama dalam organisasi masing-masing. Program ini juga selaras dengan matlamat Dasar Belia Negara dan Strategi 2020–2035 (DBNS) dalam memperkukuh pembangunan belia yang holistik.   

Attachments
Created at 6/25/2026 3:47 PM by  
Last modified at 6/25/2026 4:14 PM by