Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

14.03.2026 | Majlis Pelancaran Jualan Kuih-Muih Belia 2026 Pusat Belia, Bandar Seri Begawan

1_JBS_KuihMuihBelia_BM.jpg.jpeg2_JBS_KuihMuihBelia_BM.jpg.jpeg3_JBS_KuihMuihBelia_BM.jpg.jpeg4_JBS_KuihMuihBelia_BM.jpg.jpeg5_JBS_KuihMuihBelia_BM.jpg.jpeg6_JBS_KuihMuihBelia_BM.jpg.jpeg7_JBS_KuihMuihBelia_BM.jpg.jpeg9_JBS_KuihMuihBelia_BM.jpg.jpeg8_JBS_KuihMuihBelia_BM.jpg.jpeg10_JBS_KuihMuihBelia_BM.jpg.jpeg11_JBS_KuihMuihBelia_BM.jpg.jpeg

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan sedang mengendalikan Jualan Kuih-Muih Raya Belia 2026 bermula 9 hingga 18 Mac 2026 mulai pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Dewan Riadah, Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.

Sehubungan itu, Majlis Pelancaran Jualan Kuih-Muih Raya Belia 2026 telah diadakan hari ini dan hadir selaku tetamu kehormat bagi melancarkan jualan tersebut ialah Yang Mulia Datin Hajah Nahriah binti Haji Awang Hasbi, Isteri Menteri Hal Ehwal Ugama.

Atur cara majlis dimulakan dengan tetamu kehormat merasmikan Jualan Kuih-Muih Raya Belia 2026 dan diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Yang Mulia Awang Mohammad Afif Fikry bin Haji Abu Bakar, Graduan Ma’had Qiraat Shoubra Al-Azhar, Mesir. Majlis diteruskan dengan penyerahan sumbangan bantuan yuran petak daripada Kumpulan Isteri Menteri-Menteri Kabinet, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli Bersekutu kepada vendor yang berkeperluan seperti ibu tunggal, belia dan persatuan dan pergerakan belia. Majlis diteruskan dengan sesi bergambar ramai dan diakhiri dengan lawatan ke petak-petak jualan.

Jualan Kuih-Muih Raya Belia 2026 ini merupakan salah satu aktiviti keusahawanan yang diadakan dalam bulan Ramadan bagi persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Antara objektif jualan ini ialah bagi memberi peluang kepada belia dan masyarakat di negara ini menceburi bidang keusahawanan dan meningkatkan kemahiran serta menjana ekonomi masing-masing. Di samping itu, ianya juga dapat membantu dalam mempromosikan produk yang mereka usahakan untuk mencari pelanggan tetap.

Sebanyak 26 buah petak jualan telah disediakan bagi peniaga tempatan yang terdiri daripada ahli-ahli Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Negara Brunei Darussalam dan kumpulan belia menyertai jualan ini, yang mana telah dilaratkan lagi dengan penjualan pelbagai produk kuih-muih serta produk barangan yang lain.
6. Orang ramai dialu-alukan untuk mengunjungi dan membeli-belah produk kuih-muih dan barangan yang ada di jualan tersebut sebagai tanda sokongan kepada produk tempatan serta membantu peniaga-peniaga memperolehi pendapatan bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.​
Attachments
Created at 3/19/2026 10:43 AM by  
Last modified at 3/19/2026 10:43 AM by