









Delegasi Negara Brunei Darussalam seramai 16 orang belia
dan seorang Ketua Delegasi (National Leader) telah kembali ke tanah air selepas menyertai Rancangan Kapal Belia
Asia Tenggara dan Jepun ke-49 (SSEAYP 49) bermula pada 15 Januari 2026 yang lalu di Tokyo, Jepun.
Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menyambut ketibaan kontinjen negara ialah Dayang Hajah
Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim, Pengarah Belia dan Sukan, serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Belia dan
Sukan.
Edisi kali ini, Delegasi Negara Brunei Darussalam terdiri daripada Yang Mulia Ibrahim bin Haji Sabli, Penolong
Penyelia Pusat Belia selaku Ketua Delegasi (National Leader), bersama lapan orang lelaki dan lapan orang
perempuan berumur antara 18 hingga 30 tahun, diketuai oleh seorang Ketua Belia, Yang Mulia Awang Muhammad
Irham bin Awang Roslan dan seorang Penolong Ketua Belia, Yang Mulia Dayang Berlyanna Indah Yordhana binti
Jefry.
Program yang berlangsung selama 35 hari bermula dari Tokyo, Jepun tersebut belayar menggunakan kapal Nippon
Maru menuju ke Singapura dan berakhir di Thailand.
Peserta program telah mengikuti pelbagai aktiviti yang disusun oleh negara-negara disinggahi seperti
perbincangan tajuk-tajuk utama yang diberikan, pertukaran budaya, sesi aktiviti selepas program, kunjung hormat,
lawatan sambil belajar, interaksi bersama belia tempatan dan sebagainya.
Antara yang menarik ialah program homestay dimana para peserta tinggal bersama keluarga angkat dan
mengetahui secara lebih dekat akan gaya hidup serta budaya termasuk makanan yang popular di negara-negara
tersebut.
Diharap para peserta beroleh ilmu, kemahiran dan pengalaman yang berguna serta boleh menjadi inspirasi kepada
para belia yang lain disamping dapat mempromosikan dan mengangkat nama baik Negara Brunei Darussalam
selaku Young Ambassador di dalam program tersebut. Semua peserta program kali ini akan dipantau bagi
melaksanakan kesinambungan program yang disertai sepanjang penyertaan mereka SSEAYP49 sebagai
sumbangan mereka kepada pembangunan belia di negara