Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

30.01.2026 | Majlis Pembukaan Rasmi "Santai De Indoor 2.0"

1_JBS_SantaiDeIndoor.jpg.jpeg2_JBS_SantaiDeIndoor.jpg.jpeg3_JBS_SantaiDeIndoor.jpg.jpeg4_JBS_SantaiDeIndoor.jpg.jpeg5_JBS_SantaiDeIndoor.jpg.jpeg6_JBS_SantaiDeIndoor.jpg.jpeg7_JBS_SantaiDeIndoor.jpg.jpeg8_JBS_SantaiDeIndoor.jpg.jpeg9_JBS_SantaiDeIndoor.jpg.jpeg10_JBS_SantaiDeIndoor.jpg.jpeg11_JBS_SantaiDeIndoor.jpg.jpeg12_JBS_SantaiDeIndoor.jpg.jpeg13_JBS_SantaiDeIndoor.jpg.jpeg14_JBS_SantaiDeIndoor.jpg.jpeg

Majlis Perasmian Santai De Indoor 2.0 telah diadakan bertempat di Kawasan Letak Kereta Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah hari ini. Majlis berkenaan telah dikendalikan oleh TSS Event Management.

Hadir menyempurnakan majlis perasmian ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi Bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku tetamu kehormat majlis.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Pengiran Mohd Yazid bin Pengiran Haji Bakar , Pengarah Urusan TSS Event Management. Majlis diteruskan dengan Perasmian Santai De Indoor 2.0 oleh tetamu kehormat majlis dan diselajurkan dengan sesi bergambar ramai bersama tetamu kehormat. Majlis diakhiri dengan lawatan ke kawasan kiosk dan pop-up vendor.

Acara-acara sampingan Majlis Perasmian Santai De Indoor 2.0 akan diadakan selama tiga hari bermula pada 30 Januari hingga 1 Februari 2026. Sejumlah 10 pengendali kiosk dan 15 pop-up vendors yang terdiri daripada peniaga tempatan dan belia-belia telah mula beroperasi sejak semalam.

Acara-acara sampingan yang akan turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana Santai De Indoor 2.0 ialah persembahan-persembahan seni daripada belia-belia dan Orang Kelainan Upaya.

Santai De Indoor 2.0 ini diharap akan dapat menjadi sebuah ruang yang kondusif dan teratur, disamping berdaya saing, selamat dan menarik untuk dikunjungi oleh orang ramai serta dapat memberi peluang yang adil dan berterusan kepada peniaga-peniaga tempatan.

Kehadiran orang ramai adalah sangat dialu-alukan bagi memeriahkan lagi acara-acara sampingan Majlis Perasmian Santai De Indoor 2.0 ini.
Attachments
Created at 2/2/2026 9:57 AM by  
Last modified at 2/2/2026 9:57 AM by