Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

27.01.2026 | Upacara Menyambut Kepulangan Kontinjen Negara Brunei Darussalam dari Sukan PARA ASEAN ke-13, 2025 Thailand

1_JBS_MenyambutPARAGames.jpg.jpeg2_JBS_MenyambutPARAGames.jpg.jpeg3_JBS_MenyambutPARAGames.jpg.jpeg4_JBS_MenyambutPARAGames.jpg.jpeg5_JBS_MenyambutPARAGames.jpg.jpeg6_JBS_MenyambutPARAGames.jpg.jpeg7_JBS_MenyambutPARAGames.jpg.jpeg8_JBS_MenyambutPARAGames.jpg.jpeg9_JBS_MenyambutPARAGames.jpg.jpeg10_JBS_MenyambutPARAGames.jpg.jpeg11_JBS_MenyambutPARAGames.jpg.jpeg

Kontinjen Negara Brunei Darussalam seramai 21 orang yang terdiri daripada 12 orang atlet dan 9 orang pegawai termasuk Chef de Mission, Ketua Urus Setia, Pegawai Urus Setia/Safeguarding, Fisioterapi, Jurulatih dan Penolong Jurulatih telah kembali ke Negara Brunei Darussalam selepas berada di Nakhon Ratchasima, Thailand bagi menyertai kejohanan Sukan Para ASEAN Ke13 2025. 

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menyambut ketibaan kontinjen negara dan seterusnya mengalungkan sesandang serta memberikan ucapan tahniah ialah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan) serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Belia dan Sukan. 

Kontinjen Negara Brunei Darussalam berjaya meraih sebanyak 1 pingat emas, 3 pingat perak dan 2 pingat gangsa melalui sukan Tenpin Bowling dan Olahraga. 

Atlet Tenpin Bowling berjaya membawa pulang 1 pingat emas melalui Yang Mulia Kamarul Ariffin bin Haji Abd Ghaffar dalam acara TPB2 Tenpin Bowling Single; 1 pingat perak melalui Yang Mulia Kamarul Ariffin bin Haji Abd Ghaffar dan Yang Mulia Saidin bin Awang Haji Damit bagi acara TPB2 + TPB2 Tenpin Bowling Double; dan 1 pingat gangsa melalui Yang Mulia Saidin bin Awang Haji Damit bagi acara TPB2 Tenpin Bowling Single.  

Manakala atlet Olahraga berjaya meraih 2 pingat perak menerusi Yang Mulia Haji Mohd Rudy Izman bin Awang Haji Badar dalam acara Men Shot Put F53, F54 dan Yang Mulia Dayang Nor Hensan bin Haji Mataha bagi acara Women Shot Put F11; dan 1 pingat gangsa bagi acara Men’s Javelin F34 Para Athletic menerusi Yang Mulia Alihan bin Muda. 

Kontinjen Negara Brunei Darussalam telah diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor, Chef de Mission Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Para ASEAN Ke-13 2025, Thailand

Attachments
Created at 1/28/2026 11:42 AM by  
Last modified at 1/28/2026 11:42 AM by