








Sukan Para ASEAN Ke-13 2025 dijadual berlangsung secara rasminya mulai 20 hingga 26 Januari 2026 di Nakhon Ratchasima, Thailand.
Seramai 21 orang ahli Kontinjen Negara Brunei Darussalam terdiri daripada 12 orang atlet dan 9 orang pegawai termasuk Chef de Mission, Ketua Urus Setia, Pegawai Urus Setia/Safeguarding, Fisioterapi, Jurulatih dan Penolong Jurulatih telah berlepas ke Thailand bagi menyertai kejohanan tersebut.
Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar dan seterusnya memberikan kata-kata nasihat ialah Yang Mulia Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly, Pemangku Pengarah Belia dan Sukan serta pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan, Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan dan keluarga kontinjen.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Yang Mulia Awang Shahram bin Haji Abd Rahman dan diteruskan dengan sesi bergambar ramai sebelum mereka berlepas.
Negara Brunei Darussalam dalam temasya Sukan Para ASEAN Ke-13 ini akan menyertai 3 acara sukan daripada 19 sukan yang dipertandingkan iaitu Olahraga, Renang dan Tenpin Bowling.