Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

16.12.2025 | Upacara Menyambut Kepulangan Kontinjen Negara Brunei Darussalam (Pasukan Wushu, Pasukan Pencak Silat, Pasukan Renang dan Pasukan Angkat Berat) dari Sukan SEA ke-33 2025 Bangkok, Thailand


1_JBS_MeyambutSEAGamesP3.jpg2_JBS_MeyambutSEAGamesP3.jpg3_JBS_MeyambutSEAGamesP3.jpg4_JBS_MeyambutSEAGamesP3.jpg5_JBS_MeyambutSEAGamesP3.jpg6_JBS_MeyambutSEAGamesP3.jpg7_JBS_MeyambutSEAGamesP3.jpg8_JBS_MeyambutSEAGamesP3.jpg9_JBS_MeyambutSEAGamesP3.jpg10_JBS_MeyambutSEAGamesP3.jpg11_JBS_MeyambutSEAGamesP3.jpg12_JBS_MeyambutSEAGamesP3.jpg13_JBS_MeyambutSEAGamesP3.jpg

Kontinjen Negara Brunei Darussalam seramai 37 orang yang terdiri daripada Pegawai Urus Setia, Medik, Pasukan Wushu, Pasukan Pencak Silat, Pasukan Renang dan Pasukan Angkat Berat telah kembali ke Negara Brunei Darussalam selepas berada di Bangkok, Thailand bagi mengikuti kejohanan Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) Ke-33 2025.

Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menyambut ketibaan kontinjen negara dan seterusnya mengalungkan sesandang serta memberikan ucapan tahniah ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Turut hadir ialah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan) serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kebudayaan,Belia dan Sukan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Ali Rahman bin Haji Sulaiman, diikuti dengan ucapan tahniah kepada Kontinjen Negara Brunei Darussalam dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

Atlet Wushu negara berjaya meraih satu (1) pingat emas melalui Yang Mulia Mohamad Adi Salihin bin Roslan dalam acara Men's Nandao, Nangun dan Nanquan All-Round, satu (1) pingat perak melalui Yang Mulia Dayang Basma Lachkar dalam acara Women's Taijiquan dan Taijijian All-Round, dan dua (2) pingat gangsa melalui Yang Mulia Awang Majdurano Joel bin Majallah Sain dan Yang Mulia Awang Abel @ Lim Wee Yuan dalam acara Men’s Weapons Duilian. Manakala atlet Pencak Silat berjaya meraih satu (1) pingat perak melalui Yang Mulia Dayang Nurul Wasiqah Aziemah binti Rosihan dalam acara Women’s Single (Tunggal).
Attachments
Created at 12/18/2025 11:46 AM by  
Last modified at 12/18/2025 11:49 AM by