Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

09.12.2025 | Upacara Selamat Belayar Rombongan Kedua Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan SEA ke-33 2025, Bangkok, Thailand.

1_JBS_SeaGamesBelayarP2.jpg2_JBS_SeaGamesBelayarP2.jpg3_JBS_SeaGamesBelayarP2.jpg4_JBS_SeaGamesBelayarP2.jpg5_JBS_SeaGamesBelayarP2.jpg6_JBS_SeaGamesBelayarP2.jpg7_JBS_SeaGamesBelayarP2.jpg8_JBS_SeaGamesBelayarP2.jpg9_JBS_SeaGamesBelayarP2.jpg10_JBS_SeaGamesBelayarP2.jpg

​Seramai 37 orang ahli kontinjen Negara Brunei Darussalam terdiri daripada 28 orang atlet sukan Bola Jaring, Pencak Silat dan Wushu serta 9 orang pegawai termasuk Pegawai Perhubungan, Pegawai Perubatan dan Jurulatih telah bertolak ke Bangkok, Thailand bagi menyertai kejohanan Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) Ke-33 2025 di Bangkok, Thailand.

Hadir bagi mengucapkan selamat belayar dan memberikan ucapan serta kata-kata semangat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Turut hadir ialah Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan dan keluarga atlet.

Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Selamat dipimpin oleh Yang Mulia Awang Shahram bin Haji Abd Rahman, diikuti dengan ucapan kepada Kontinjen Negara Brunei Darussalam dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

Rombongan ketiga akan bertolak ke Bangkok, Thailand pada hari Rabu, 10 Disember 2025
Attachments
Created at 12/10/2025 9:40 PM by  
Last modified at 12/10/2025 9:44 PM by