



Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat ke Athlete Village, Princess Noural University bagi sesi perjumpan bersama Pasukan Lawan Pedang Negara ke Islamic Solidarity Games, Riyadh 2025. Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Chef de Mission Kontinjen Negara, Awang Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly.
Pasukan Lawan Pedang Negara telah tiba di Riyadh Saudi Arabia pukul 2215 malam waktu tempatan pada 13 November 2025, terdiri dariada dua (2) atlet iaitu 1591 Lt (U) Hajah Anis Sabrina binti Haji Yahya dan Awang Mohammad Haziq bin Asahrin serta seorang jurulatih iaitu Awang Rayendra Yoshea Poerawinata. Kedua atlet berkenaan akan bertanding masing-masing dalam acara Women's Individual Sabre dan Men’s Individual Sabre.
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan sabda nasihat dan kata-kata semangat kepada atlet-atlet Sukan Lawan Pedang