

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat menyaksikan Pertandingan Sukan Weightlifting yang melibatkan atlet negara iaitu Awang Mohammad Nashrul bin Haji Abu Bakar bagi kategori Men’s 65kg.
Kategori Men's 65kg telah disertai oleh 12 negara, iaitu Kesultanan Oman, Republik Turkiye, Republik Uzbekistan, Arab Saudi, Kuwait, Republik Rakyat Bangladesh, Republik Islam Iran, Republik Indonesia, Azerbaijan, Mesir, Republik Uganda, dan Negara Brunei Darussalam (NBD).