Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

10.10.2025 | Majlis Pembukaan Rasmi Liga Super Sepak Takraw TAIB 2025

​1_JBS_LST-OpeningCeremony.png2_JBS_LST-OpeningCeremony.png3_JBS_LST-OpeningCeremony.png4_JBS_LST-OpeningCeremony.png5_JBS_LST-OpeningCeremony.png6_JBS_LST-OpeningCeremony.png7_JBS_LST-OpeningCeremony.png8_JBS_LST-OpeningCeremony.png9_JBS_LST-OpeningCeremony.png10_JBS_LST-OpeningCeremony.png

Sebanyak 46 pasukan sepak takraw beraksi bagi merebut gelaran juara dalam Kejohanan Liga Super Sepak Takraw TAIB 2025 anjuran Persatuan Sepak Takraw Brunei Darussalam (PESTABARU) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Perbadanan TAIB selaku penaja utama liga yang bermula pada 5 Oktober lalu hingga 2 November ini. 

Majlis Pembukaan Rasmi Kejohanan Liga Super Sepak Takraw TAIB 2025 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku Tetamu Kehormat. 

Aturcara majlis dimulakan dengan perarakan masuk barisan pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan, diikuti dengan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dimainkan dan disusuli dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Ahmad Yaardy bin Haji Abdul Karim, Pegawai Penganalisa di Jabatan Belia dan Sukan. Majlis Perasmian turut menyaksikan lafaz Ikrar Atlet Liga Super Sepak Takraw TAIB 2025 oleh Yang Mulia Abdul Hadi bin Metali dan lafaz Ikrar Teknikal Liga Super Sepak Takraw TAIB 2025 oleh Yang Mulia Ramlan bin Haji Mohd Said. Tetamu kehormat turut diperkenalkan kepada ketua-ketua pasukan yang menyertai kejohanan berkenaan sebelum menyaksikan perlawanan pembukaan Liga Super Sepak Takraw TAIB 2025 diantara Majlis Sukan Pasukan Polis Diraja Brunei A (MS PPDB A) menentang Muara Spurs B.  

Perlawanan-perlawanan seterusnya akan diadakan pada setiap hari Ahad di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Tutong iaitu pada 12 dan 19 Oktober 2025 bagi Liga Pusingan Pertama. Liga Pusingan Kedua (Knock Out System) dan Perlawanan Suku Akhir akan diadakan pada 26 Oktober 2025 juga di Kompleks Sukan Tutong. Manakala Perlawanan Peringkat Separuh Akhir dan Perlawanan Peringkat Akhir akan diadakan pada 2 November 2025 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah diselajurkan dengan Majlis Penutupan Rasmi dan Penyampaian Hadiah kepada para pemenang. 

Penganjuran kejohanan LSST buat kali ketiga ini mempertandingkan sebanyak dua (2) kategori iaitu Liga Perdana dan Liga Amatur yang akan melibatkan seramai 14 pasukan bagi acara Liga Perdana dan 32 pasukan bagi acara Liga Amatur. 

Johan bagi Liga Perdana akan menerima hadiah wang tunai sebanyak BND5,000, piala pusingan, trofi dan pingat kemenangan. Naib johan akan menerima hadiah wang tunai sebanyak BND3,000, trofi dan pingat kemenangan. Manakala tempat ketiga bersama akan menerima wang tunai sebanyak BND 1,000, trofi dan pingat kemenangan. 10 Oktober 2025 

Sementara johan Liga Amatur pula akan menerima hadiah wang tunai sebanyak BND1500, trofi dan pingat kemenangan. Naib johan akan menerima hadiah wang tunai sebanyak BND 1000, trofi dan pingat kemenangan. Manakala tempat ketiga bersama akan menerima wang tunai sebanyak BND500, trofi dan pingat kemenangan. 

Matlamat utama kejohanan ini adalah untuk mencari bakat baharu yang berpotensi untuk diserapkan dalam program pembangunan atlet, pelapis dan pemain kebangsaan, dan seterusnya sebagai promosi bagi menarik minat orang ramai berkecimpung dalam Sukan Sepak Takraw serta sebagai Whole of Nation Approach iaitu penglibatan beberapa agensi untuk mengambil peranan masing-masing membawa warga untuk bersama menuju kearah cara hidup sihat, disamping menghidupkan semula sukan tradisi Sepak Takraw yang telah lama bertapak di Negara Brunei Darussalam. 

Orang ramai adalah dialu-alukan hadir bagi menyaksikan perlawanan-perlawanan serta Majlis Penutupan Rasmi dan Penyampaian Hadiah pada hari-hari berkenaan bagi sama-sama memeriahkan dan memberi sokongan Kejohanan Liga Super Sepak Takraw TAIB 2025 dan masuk adalah percuma. 

Pihak Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada pihak PESTABARU dan Perbadanan TAIB atas kerjasama dalam menjayakan Kejohanan Liga Super Sepak Takraw TAIB semenjak tahun 2023 dan berharap agar kerjasama yang seumpama ini dapat diteruskan di masa hadapan ke arah memajukan sukan sepak takraw dan pembangunan belia di Negara Brunei Darussalam​

Attachments
Created at 10/13/2025 8:45 PM by  
Last modified at 10/13/2025 8:45 PM by