Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

27.07.2025 | Program Gemilang Olahraga " Membina Wira Olahraga Masa Depan"

JBS_1_GemilangOlahraga.pngJBS_2_GemilangOlahraga.pngJBS_3_GemilangOlahraga.pngJBS_4_GemilangOlahraga.png

JBS_5_GemilangOlahraga.png

JBS_6_GemilangOlahraga.png

JBS_7_GemilangOlahraga.png

JBS_8_GemilangOlahraga.png

JBS_9_GemilangOlahraga.pngJBS_10_GemilangOlahraga.png

Dengan matlamat ‘Membina Wira Olahraga Masa Depan’, iaitu pencarian dan bimbingan atlet olahraga yang berbakat dan berpotensi di Daerah Temburong, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Cawangan Temburong dengan kerjasama Persekutuan Olahraga Brunei Darussalam hari ini melaksanakan inisiatif berkenaan dalam Program Gemilang Olahraga, bertempat di Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Temburong.  

Seramai 25 orang peserta menyertai program ini yang berumur di bawah 21 tahun dalam kalangan penduduk di Daerah Temburong dengan bimbingan Jurulatih yang bertauliah dan berpengalaman daripada JBS, iaitu Awang Azmizie bin Abdul Rahman.  

Dalam program ini, para peserta mempelajari dan mendalami teknik asas dan mempraktikkan segala tunjuk ajar daripada Jurulatih yang dinilai dengan kaedah mencatat rekod peribadi terbaik untuk mengenal pasti kekurangan peserta bagi meningkatkan tahap sasaran prestasi terbaik.  

Program diakhiri dengan Majlis Penyampaian Sijil kepada para peserta yang disampaikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Awang Sulaiman bin Haji Nasir.  

Adapun hala tuju program ini agar para peserta mengambil peluang ini untuk mendapatkan sesi latihan yang bersistematik dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak jabatan bagi mendukung Visi dan Misi JBS, iaitu ‘Ke arah masyarakat sihat dan cemerlang’ dan ‘Mewujudkan dan membangun masyarakat Brunei ke arah kecemerlangan melalui program belia dan sukan’.​​

Attachments
Created at 7/28/2025 12:08 PM by  
Last modified at 7/28/2025 12:08 PM by