











Kejohanan Bola Sepak 9-sepasukan sempena Piala Pengarah Belia dan Sukan 2025 telah berlangsung dengan jayanya bermula pada 25 Mei 2025. Kejohanan ini dianjurkan oleh Unit Pemantauan Strategik, dengan kerjasama pelbagai bahagian dan unit di bawah Jabatan Belia dan Sukan.
Empat pasukan telah mengambil bahagian dalam edisi kejohanan kali ini:
- Pasukan GABU – Gabungan Bahagian Pentadbiran dan Kewangan bersama Unit Pemantauan Strategik.
- Pasukan ESTET – Wakil dari Bahagian Prasarana dan Estet.
- Pasukan G3C – Gabungan Cawangan-Cawangan dari Daerah Tutong, Temburong dan Belait.
- Pasukan SSUB – Gabungan Bahagian Sukan, Unit Kejurulatihan dan Pembangunan Sukan, SMRC dan BDIS.
Kejohanan bermula dengan format liga kumpulan, di mana Pasukan Estet muncul juara dengan kutipan 7 mata, diikuti Pasukan GABU di tempat kedua dengan 5 mata, SSUB di tempat ketiga dengan 4 mata, dan G3C di tempat keempat.
Dalam perlawanan separuh akhir pertama, Pasukan Estet menewaskan G3C dengan keputusan 1-0, hasil jaringan Md Arman Hj Seruddin.Perlawanan separuh akhir kedua pula menyaksikan Pasukan GABU menundukkan Pasukan SSUB dengan jaringan tunggal oleh Md Fahmi Syukri bin Mahal pada saat-saat akhir perlawanan.
Bagi penentuan tempat ketiga, Pasukan SSUB berjaya menewaskan G3C dengan jaringan 2-1.
Perlawanan akhir yang sengit antara Pasukan Estet dan Pasukan GABU berakhir dengan kemenangan tipis 1-0 memihak kepada Estet. Sekali lagi, Md Arman Hj Seruddin menjadi wira dengan menjaringkan gol tunggal yang membawa kejuaraan kepada pasukannya.
Kejohanan kali ini mencatat sejarah apabila empat pemain dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak, masing-masing dengan 2 jaringan:
- Md Shahjohan bin Hj Shari (Pasukan GABU)
- Md Arman bin Hj Seruddin (Pasukan Estet)
- Md Rosaini bin Hj Nayan (Pasukan Estet)
- Md Kamarul Arifin (Pasukan SSUB)
Anugerah pemain cemerlang pula diberikan kepada:
- Pemain Terbaik (Kategori Terbuka): Mohd Hendra Azam bin Mohd Idris (Pasukan GABU)
- Pemain Terbaik (Kategori Veteran): Shahdine bin Hj Abdul Ghani (Pasukan GABU)
- Penjaga Gawang Terbaik: Awang Zulfikri bin Hj Masri (Pasukan Estet)
Yang Mulia Puan Hajah Umi Kalthum binti Haji Abd Karim hadir selaku Tetamu Kehormat dan menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan untuk meningkatkan kesihatan fizikal dan semangat kesukanan dalam kalangan warga Jabatan, tetapi turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama antara bahagian serta unit di bawah Jabatan Belia dan Sukan.