Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

19.06.2025 | Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 1446/2025 Peringkat Akhir

JBS_MTQBKFinals0.pngJBS_MTQBKFinals1.pngJBS_MTQBKFinals2.pngJBS_MTQBKFinals3.pngJBS_MTQBKFinals4.pngJBS_MTQBKFinals6.pngJBS_MTQBKFinals5.pngJBS_MTQBKFinals7.pngJBS_MTQBKFinals8.pngJBS_MTQBKFinals10.pngJBS_MTQBKFinals11.png

Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 1446/2025 Peringkat Akhir telah memperdengarkan bacaan daripada 10 peserta iaitu 5 qari dan 5 qariah termasuk Johan Menunggu Qari dan Qariah Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan Tahun 2024 pada malam ini. 

Hadir di Dewan Digadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah-hadiah kepada para pemenang.  

Hadir sama ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat, Ahli Majlis Mesyuarat Negara; Yang Mulia SetiausahaSetiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Yang Mulia Sharifah Ratna binti Haji Syed Abdul Rahim, Ketua Pegawai Sumber Tenaga Manusia, Perbadanan TAIB; serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.  

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diketuai oleh Yang Mulia Awang Abdul Mujib bin Awang Sh’minan, Peserta Belia Program Journey to The Holy Site for Arabic and Islamic Countries Youth di Arab Saudi yang juga membacakan Doa Selamat di akhir majlis, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Hajah Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim, Pengarah Belia dan Sukan selaku Pengerusi Majlis dan diteruskan dengan ucapan oleh tetamu kehormat majlis.  

Majlis turut menyaksikan persembahan tausyeh belia daripada Kumpulan Tausyeh Dhafwatul ‘Aisy, dan diselajurkan dengan pengumuman keputusan musabaqah yang disampaikan oleh Yang Mulia Pengiran Dr. Haji Amiruddin bin Pengiran Haji Damit selaku Pengerusi Jemaah Hakim Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 1446/2025 Peringkat Akhir.  

Johan qari dan qariah masing-masing menerima piala pusingan; hadiah iringan; sijil penyertaan; wang tunai BND3,000.00; Akaun Simpanan Persaraan bernilai $700.00 sumbangan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan anak-anak syarikatnya, Insurans Islam TAIB Holdings Sdn. Bhd. dan Darussalam Holdings Sdn. Bhd. 

Manakala naib johan qari dan qariah masing-masing menerima hadiah iringan; sijil penyertaan; wang tunai sejumlah BND2,000.00; Akaun Simpanan Persaraan bernilai $350.00 sumbangan Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya, Insurans Islam TAIB Holdings Sdn. Bhd. dan Darussalam Holdings Sdn. Bhd.  

Tempat ketiga qari dan qariah pula masing-masing menerima hadiah iringan; sijil penyertaan; wang tunai sejumlah BND1,000.00; Akaun Simpanan Persaraan bernilai $250.00 sumbangan Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya, Insurans Islam TAIB Holdings Sdn. Bhd. dan Darussalam Holdings Sdn. Bhd. 23 Zulhijjah 1446 / 19 Jun 2025. 

Sementara peserta qari dan qariah yang menerima hadiah saguhati membawa pulang hadiah iringan; sijil penyertaan; wang tunai BND500.00; dan Akaun Simpanan Persaraan bernilai $100.00 sumbangan Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya, Insurans Islam TAIB Holdings Sdn. Bhd. dan Darussalam Holdings Sdn. Bhd.  

Pada tahun ini, seramai 93 peserta telah mendaftarkan diri bagi mengikuti Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 1446/2025. 

Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) kelolaan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1980-an telah berjaya melahirkan banyak qari dan qariah belia yang berkaliber dan seterusnya mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Di samping itu, ia juga berperanan sebagai wadah kepada qari dan qariah belia di negara ini untuk melihat keupayaan dan prestasi masing-masing khususnya dalam bidang pembacaan Al-Quran secara berlagu atau tarannum.  

Antara tujuan musabaqah diadakan adalah bagi menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Majlis Pertandingan Membaca Al-Qur’an Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1996M pada 1 Jamadilakhir 1417H bersamaan 13 Oktober 1996M. Di antara lain titah Baginda: “Hasrat kita yang tunggal ialah melihat generasi Al-Quran itu dikongsi sama oleh semua pihak dan golongan, terutama golongan belia. Kita akan merasa bangga dengan lahirnya belia-belia yang berwatak salih. Bahawa salah satu tanda kesalihan itu ialah terlibatnya mereka dengan Al-Quran samada keterlibatan itu selaku pembaca biasa, mahupun sekaligus menjadi penghayat dan pengamal ajaran-ajarannya”. 

Selain untuk menyediakan wadah bagi melahirkan qari dan qariah belia yang berpotensi tinggi sebagai pelapis qari dan qariah Negara Brunei Darussalam, ia juga untuk mempertingkatkan mutu pembacaan Al-Quran dalam kalangan belia serta memupuk dan menyemai rasa persahabatan dalam kalangan peserta belia melalui program keugamaan, di samping itu bagi persediaan pemilihan wakil negara ke Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

Attachments
Created at 6/21/2025 11:54 AM by  
Last modified at 6/21/2025 11:54 AM by