





Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Bahagian Latihan dan Pusat Sumber telah mengadakan Kursus CANVA pada 3 dan 4 Jun 2025 bertempat di Bilik Latihan, Tingkat 4, Bahagian Latihan dan Pusat Sumber.
Seramai 15 orang pegawai dari Bahagian II dan III telah menghadiri kursus berkenaan.
Sementara Majlis Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Yang Mulia Haji Mohammad Marriswandy bin Haji Omar, Pemangku Timbalan Pengarah Belia dan Sukan.