Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

25.05.2025 | Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 1446/2025 Peringkat Separuh Akhir

JBS_MTQBKSemifinals_0.png

JBS_MTQBKSemifinals_2.png

JBS_MTQBKSemifinals_3.png

JBS_MTQBKSemifinals_4.png

JBS_MTQBKSemifinals_6.png

JBS_MTQBKSemifinals_7.png

JBS_MTQBKSemifinals_8.png

JBS_MTQBKSemifinals_9.png

JBS_MTQBKSemifinals_10.png

JBS_MTQBKSemifinals_11.png

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 27 Zulkaedah 1446/25 Mei 2025. - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan (JBS) telah melaksanakan Majlis Penyampaian Sijil Peringkat Separuh Akhir Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 1446/2025 bertempat di Dewan Silaturrahim, Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Aturcara majlis dimulakan dengan ucapan daripada Yang Mulia Dayang Hajah Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim, Pengarah Belia dan Sukan selaku Pengerusi Majlis dan diteruskan dengan penyampaian sijil kepada para peserta musabaqah peringkat separuh akhir yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis. Majlis diselajurkan dengan pengumuman keputusan musabaqah yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Mohammad Ali Sabri bin Haji Yusof selaku Pengerusi Jawatankuasa Jemaah Hakim Peringkat Separuh Akhir. Manakala doa penutup telah dibacakan oleh Yang Mulia Awang Adib Zainul Zaky bin Haji Abdul Manaf.

Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan Peringkat Separuh Akhir telah diadakan sebelum majlis penyampaian sijil yang disertai oleh 14 peserta qari dan 15 peserta qariah memperdengarkan bacaan mereka merupakan peserta yang terpilih melalui Peringkat Saringan yang telah diadakan pada 14 hingga 16 Mei 2025 yang lalu disertai oleh 93 peserta iaitu 66 qari dan 27 qariah.

Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 1446/2025 Peringkat Akhir akan diadakan pada hari Khamis, 19 Jun 2025 bertempat di Dewan Digadong, Bangunan KKBS. Seramai 10 peserta iaitu 5 qari dan 5 qariah termasuk Johan Menunggu Qari dan Qariah Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan Tahun 2024 akan bertanding di peringkat akhir nanti.

Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan merupakan salah satu projek tahunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dikelolakan oleh Jabatan Belia dan Sukan sejak tahun 1980-an dan telah berjaya melahirkan banyak qari dan qariah belia yang berkaliber dan seterusnya mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Ia juga berperanan sebagai wadah kepada qari dan qariah belia di negara ini untuk melihat keupayaan dan prestasi masing-masing khususnya dalam bidang pembacaan Al-Quran secara berlagu atau tarannum.

Turut hadir di Majlis Penyampaian Sijil Peringkat Separuh Akhir ialah Yang Mulia Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly, Timbalan Pengarah Belia dan Sukan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya serta ibu bapa.

Orang ramai terutamanya para belia boleh menyaksikan Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 1446/2025 Peringkat Akhir nanti secara langsung melalui akaun rasmi Facebook Jabatan Belia dan Sukan dan YouTube Jabatan Belia dan Sukan Brunei.

SENARAI PESERTA

MUSABAQAH TILAWATIL QURAN BELIA KEBANGSAAN 1446H / 2025M

PERINGKAT AKHIR

_________________________________________________________

 

Peserta Qari (5 orang)

  1. AWANG ABDUL QAWIYYEL AZEEZ BIN HAJI ABD RAJID (JOHAN MENUNGGU)
  2. AWANG MUHAMMAD NUR ASYMAWI BIN AWANG ASLI
  3. AWANGKU MUHD AMMARRUL AMSYAR BIN PENGIRAN HAJI MARJUKI
  4. AWANG MOHAMMAD HAMIZ MIRZA BIN HAJI SUDIRMAN
  5. AWANG ZAINAL MUSTAPA BIN JALUDDIN

 

Peserta Qariah (5 orang)

  1. DAYANG NAJLA' SABREENA BINTI HAJI ABD. RAJID (JOHAN MENUNGGU)
  2. DAYANGKU AKMA NABILAH BINTI PENGIRAN HJ JOFRI
  3. DAYANG NUR AMAL ATIQAH @ AIDA BINTI HAJI SUDIRMAN
  4. DAYANGKU NURUL SAKINAH ADAWIYAH BINTI PENGIRAN AINOLAZAHAR
  5. DAYANG NUR RODAAH BINTI HAJI ASMAT​

Attachments
Created at 5/26/2025 2:04 PM by  
Last modified at 5/26/2025 4:00 PM by