


Majlis penyampaian hadiah bagi pemenang kejohanan badminton yang dikelolakan dengan kolaborasi di antara Majlis Belia Brunei dan IJTIHAD Travel San Bhd telah diadakan pada hari Ahad, 20 April 2025 bertempat di Dewan Riadah, Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.
Majlis dihadiri oleh Yang Mulia Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly, Timbalan Pengarah Belia dan Sukan selaku Tetamu Kehormat.
Turut hadir ialah Yang Di-Pertua Majlis Belia Brunei, Dayang Khairunissa binti Awang Haji Ashari dan Pengarah Urusan IJTIHAD Travel Sdn Bhd, Yang Mulia Dayang Siti Norfadzilah binti Alirahman.
Kejohanan telah bermula pada 19hb April 2025 sehingga 20hb April 2025.