Tutong, Ahad, 6 Jamadilakhir 1446/8 Disember 2024. - Aktiviti Kempen Hari Bertindak di Daerah Tutong telah berlangsung di Kompleks Sukan Tutong. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Dayang Hajah Farida binti Dato Seri Paduka Haji Talib, Setiausaha Tetap (Tenaga) Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir ialah Yang Mulia Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) KKBS serta pegawai-pegawai kanan KKBS. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah sesi senamrobik di Kawasan Grandstand, Kompleks Sukan Tutong; kemudian briskwalk menuju ke Kawasan Semaian, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) Tutong bagi menyemai benih bunga; Tetamu Kehormat beredar ke Kawasan Bangunan Bahagian Belia, JBS Tutong bagi aktiviti Let's Clean, Let's Green with IMPAK! dan menanam bunga dikendalikan oleh IMPAK dan JBS Tutong. Tetamu Kehormat seterusnya bergerak ke Tanah Lapang dan Pusat Latihan Persatuan Pengakap Daerah Tutong bagi menyertai Program Kehijauan dan canvas painting mural Kempen Hari Bertindak. Acara terakhir diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka Tutong bagi aktiviti Back to School dan pertandingan mewarna.