BERAKAS, Isnin, 09 Jamadilawal 1446/11 November 2024 - Sebagai salah satu inisiatif bagi memperkukuh kerjasama strategik demi memperkasa belia di Negara Brunei Darussalam, Jabatan Belia dan Sukan mengadakan perjumpaan bersama Majlis Belia Brunei di Hab Komuniti, SNHB. Sesi ini menjadi platform penting untuk perbincangan dan perkongsian dalam mencapai matlamat pembangunan belia yang mampan dan berimpak positif.