Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

03.11.2024 | Majlis Selamat Belayar Bagi Delegasi Negara Brunei Darussalam Ke Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara Dan Jepun Ke-48, 2024 (SSEAYP 48)

ucapan selamat belayar kapal belia 2024 p1.png

ucapan selamat belayar kapal belia 2024 p2.png

ucapan selamat belayar kapal belia 2024 p3.png

ucapan selamat belayar kapal belia 2024 p4.png 

ucapan selamat belayar kapal belia 2024 p5 (1).png 

ucapan selamat belayar kapal belia 2024 p6 (1).png

BERAKAS, Ahad, 01 Jamadilawal 1446/03 November 2024. – Delegasi Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada 15 orang belia dan seorang Ketua Delegasi (National Leader) telah berlepas ke Tokyo, Jepun bagi menyertai Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun ke-48 (SSEAYP 48) hari ini.

Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Yang Mulia Hajah Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim, Pengarah Belia dan Sukan.

Pada kesempatan itu, Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat telah dibacakan oleh Yang Mulia Awang Mohammad Wafiy Mustaqim bin Bahrin, peserta SSEAYP 48, diikuti dengan ucapan ringkas serta kata-kata semangat dan nasihat daripada Pengarah Belia dan Sukan kepada delegasi negara dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai sebelum mereka berlepas.

Delegasi negara diketuai oleh Yang Mulia Syed Abdul Muiz bin Haji Syed Anayatullah Shah, Pegawai Belia dan Sukan.

Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun telah dilancarkan pada 1974 sebagai program pertukaran belia antarabangsa khusus bagi Jepun dan negara anggota ASEAN, berdasarkan Penyata Bersama (Joint Statement) masing-masing yang dikeluarkan antara Jepun dan negara anggota ASEAN. Matlamat program adalah untuk menggalakkan persahabatan dan persefahaman bersama di kalangan belia Jepun dan negara-negara Asia Tenggara, disamping untuk meluaskan perspektif mereka tentang dunia, dan seterusnya, untuk mengukuhkan semangat kerjasama antarabangsa dan kemahiran praktikal mereka untuk kerjasama antarabangsa.

Penyertaan Negara Brunei Darussalam pada tahun ini merupakan kali ke-36 sejak penyertaan rasmi negara pada tahun 1985. Program akan bermula pada 04 November hingga 11 Disember 2024, selama 38 hari, bersama 168 orang belia daripada 11 buah negara dengan menggunakan Kapal Nippon Maru, dan akan singgah ke beberapa buah negara yang telah dipilih iaitu Vietnam dan Indonesia sebelum kembali ke Tokyo, Jepun.

Attachments
Created at 11/4/2024 10:17 AM by Roslinawati Binti Jamaludin
Last modified at 11/5/2024 8:01 AM by Roslinawati Binti Jamaludin