Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

06.10.2024 | ASEAN Sports Day 2024

asean sports day 2024 p1.pngasean sports day 2024 p2.pngasean sports day 2024 p3.pngasean sports day 2024 p4.pngasean sports day 2024 p5.pngasean sports day 2024 p6.pngasean sports day 2024 p7.pngasean sports day 2024 p8.pngasean sports day 2024 p9.png

BERAKAS, Ahad, 02 Rabiulakhir 1446H/06 Oktober 2024M. – Sempena Sambutan Hari ASEAN Ke-57 tahun, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri (KHELN) dan Kedutaan-Kedutaan Besar serta Suruhanjaya-Suruhanjaya Tinggi Negara-Negara ASEAN telah menganjurkan Hari Sukan ASEAN 2024 di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah hari ini.

Hari Sukan ASEAN berkenaan merupakan komitmen semua negara ahli ASEAN yang telah dipersetujui semasa Senior Official Meeting on Sports (SOMS) yang berlangsung pada November 2018 di Myanmar.

Ia diraikan setiap 8 Ogos dengan tujuan untuk mengeratkan persahabatan dan memupuk perpaduan; persefahaman dan kerjasama dalam kalangan masyarakat ASEAN.

Hadir selaku tetamu kehormat pada acara berkenaan ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Hadir sama ialah Duta-Duta Besar dan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Tinggi daripada negara-negara ASEAN; SetiausahaSetiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan pegawai-pegawai daerah.

Acara dimulakan dengan senamrobik, diikuti dengan acara walkaton beramai-ramai sejauh 3.2 kilometer yang turut disertai oleh tetamu kehormat.

Antara aktiviti yang turut diketengahkan pada Hari Sukan ASEAN berkenaan ialah perlawanan bola jaring, perlawanan futsal, pameran dan pertunjukan permainan serta makanan tradisi negara-negara ASEAN. Acara diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah bagi perlawanan bola jaring dan futsal.

Permainan tradisi negara-negara ASEAN terdiri daripada Carah Kaki Tiga dan Pasang dari Negara Brunei Darussalam, Monkey Grab Leaves dari Kemboja, Congkak dari Malaysia dan Patintero dari Filipina.

Manakala seramai tiga pasukan telah mengikuti perlawanan futsal iaitu Pasukan KKBS, Pasukan KHELN dan Pasukan Kedutaan dan Suruhanjaya Tinggi Negara-Negara ASEAN. Sementara dua pasukan telah menyertai perlawanan bola jaring terdiri daripada Pasukan KKBS dan Pasukan KHELN.

Penyertaan acara berkenaan dibukakan kepada orang ramai termasuk komuniti ASEAN secara percuma.

Hari Sukan ASEAN pada tahun ini merupakan kali ketiga ianya diadakan dan buat kali kedua diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Attachments
Created at 10/8/2024 9:36 AM by Roslinawati Binti Jamaludin
Last modified at 10/8/2024 9:36 AM by Roslinawati Binti Jamaludin