Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

17.08.2024 | Kepulangan Kontinjen Negara Brunei Darussalam Ke Sukan Malaysia Ke-21 (SUKMA XX1), Kuching, Sarawak 2024 Bagi Pasukan Wushu

menyambut pulang pasukan wushu sukma 2024 p1.png

menyambut pulang pasukan wushu sukma 2024 p5.png 

BERAKAS, Ahad, 13 Safar 1444/18 Ogos 2024. – Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada Pasukan Wushu telah kembali ke Negara Brunei Darussalam selepas berada di Kuching, Sarawak bagi mengikuti kejohanan Sukan Malaysia Ke-21 (SUKMA XXI) 2024.

Turut hadir ialah Yang Mulia Dayang Zainab binti Haji Morshidi, Pengarah Pembangunan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Yang Mulia Dayang Hajah Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim, Pengarah Belia dan Sukan; Yang Mulia Dayang Hajah Noor Maslina binti Haji Sulaiman, Pemangku Timbalan Pengarah Belia dan Sukan; serta pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan.

Atlet sukan Wushu negara, Yang Mulia Awang Walid Lachkar telah berjaya membawa pulang dua pingat iaitu satu pingat emas melalui acara Men's Daoshu dengan mengutip markah sebanyak 9.613 mata dan satu pingat gangsa bagi acara Men's Changquan dengan kutipan markah sebanyak 9.580 mata.​

Attachments
Created at 8/22/2024 9:57 AM by Roslinawati Binti Jamaludin
Last modified at 9/9/2024 4:10 PM by Roslinawati Binti Jamaludin