Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

23.07.2024 | Upacara Selamat Belayar Bagi Kontinjen Negara Brunei Darussalam Ke Sukan Olimpik Ke-33, Paris, Peranchis 2024

ucapan selamat belayar sukan olimpik 2024 p1.png

ucapan selamat belayar sukan olimpik 2024 p2.png

ucapan selamat belayar sukan olimpik 2024 p3.png 

ucapan selamat belayar sukan olimpik 2024 p4.png 

ucapan selamat belayar sukan olimpik 2024 p5.png 

ucapan selamat belayar sukan olimpik 2024 p6.png 

ucapan selamat belayar sukan olimpik 2024 p7.png 

ucapan selamat belayar sukan olimpik 2024 p8.png 

ucapan selamat belayar sukan olimpik 2024 p9.png 

ucapan selamat belayar sukan olimpik 2024 p10.png

BERAKAS, Selasa, 17 Muharram 1446/23 Julai 2024. – Seramai 7 orang ahli Kontinjen Negara Brunei Darussalam terdiri daripada Chef de Mission, Pegawai Perhubungan, 2 orang Jurulatih, 2 orang atlet sukan renang dan seorang atlet sukan olahraga telah berlepas ke Paris, Perancis bagi menyertai kejohanan Sukan Olimpik Ke-33, yang akan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos 2024.

Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar dan memberikan nasihat serta kata-kata semangat ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Hadir sama ialah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

Kontinjen Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Chef de Mission, Yang Mulia Dayang Hajah Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim, Pengarah Belia dan Sukan.

Edisi Sukan Olimpik kali ini, Negara Brunei Darussalam akan menyertai sebanyak dua acara sukan yang dipertandingkan iaitu renang dan olahraga. Atlet-atlet sukan renang iaitu Yang Mulia Awang Zeke Chan Zhi Yue dan Yang Mulia Dayang Hayley Wong Ann Yue masing-masing akan menyertai acara Men's 100 meter Backstroke dan acara Women's 100 meter Breaststroke. Sementara atlet olahraga, Yang Mulia Awang Muhammad Noor Firdaus Ar-Rasyid bin Haji Mohd Idris akan menyertai acara Men's 100 meter.


Attachments
Created at 7/24/2024 9:04 AM by Roslinawati Binti Jamaludin
Last modified at 7/24/2024 9:04 AM by Roslinawati Binti Jamaludin