Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

20.07.2024 | Majlis Penyerahan Bendera Negara Kepada Kontinjen Negara Brunei Darussalam Ke Sukan Olimpik ke-33, Paris, Peranchis 2024

p.bandera sukan olimpik paris 2024 p1.png

p.bandera sukan olimpik paris 2024 p2.png

p.bandera sukan olimpik paris 2024 p3.png

p.bandera sukan olimpik paris 2024 p4.png

p.bandera sukan olimpik paris 2024 p5.png

p.bandera sukan olimpik paris 2024 p6.png

p.bandera sukan olimpik paris 2024 p7.png

p.bandera sukan olimpik paris 2024 p8.png

p.bandera sukan olimpik paris 2024 p9.png

p.bandera sukan olimpik paris 2024 p10.png

BERAKAS, Sabtu, 14 Muharram 1446/20 Julai 2024. – Negara Brunei Darussalam akan menghantar kontinjen bagi menyertai Sukan Olimpik Ke-33, Paris, Perancis 2024 yang akan diadakan secara rasminya bermula pada 26 Julai hingga 11 Ogos 2024.

Kontinjen Negara Brunei Darussalam dianggotai seramai 8 orang terdiri daripada 3 orang atlet dan 5 orang pegawai termasuk Chef de Mission, Pegawai Perhubungan, Ketua Urus Setia dan Jurulatih.

Majlis Penyerahan Bendera Negara Kepada Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Olimpik Ke-33, Paris, Perancis 2024 telah berlangsung di Bilik Hijau, Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

Berangkat bagi menyempurnakan majlis tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kunchang dan diikuti dengan sembah alu-aluan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Kemuncak majlis ialah sabda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan seterusnya penyerahan bendera Negara Brunei Darussalam oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kepada Yang Mulia Dayang Hajah Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim, Pengarah Belia dan Sukan selaku Chef de Mission Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Olimpik Ke-33, Paris, Perancis 2024. Sebelum majlis diakhiri, Doa Selamat telah dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Emran bin Haji Kunchang dan diikuti dengan bergambar ramai bersama Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

Edisi Sukan Olimpik kali ini, Negara Brunei Darussalam akan menyertai sebanyak dua acara sukan iaitu olahraga dan renang.

Yang Mulia Awang Muhammad Noor Firdaus Ar-Rasyid bin Haji Mohd Idris akan menyertai acara Men's 100 meter dalam sukan olahraga. Manakala Yang Mulia Awang Zeke Chan Zhi Yue akan menyertai acara Men's 100 meter Backstroke dan Yang Mulia Dayang Hayley Wong Ann Yue akan menyertai acara Women's 100 meter Breaststroke bagi sukan renang.

Tahun ini merupakan penyertaan negara kali ke-7 pada Sukan Olimpik dan penyertaan terakhir Negara Brunei Darussalam ialah pada tahun 2021 di Sukan Olimpik Ke-32, Tokyo, Jepun.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Tuan Yang Terutama Bernard Regnauld-Fabre, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Perancis ke Negara Brunei Darussalam; Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Ahli-Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pemilihan dan Penilaian Atlet Kebangsaan; Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan; dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta para ibu-bapa dan penjaga atlet. ​

Attachments
Created at 7/22/2024 3:52 PM by Roslinawati Binti Jamaludin
Last modified at 7/23/2024 2:05 PM by Roslinawati Binti Jamaludin