Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

08.04.2024 | Majlis Khatam Al-Quran Belia Di Bulan Ramadhan 1445H/2024M

majlis khatam alquran bulan ramadhan 2024 p1.png

majlis khatam alquran bulan ramadhan 2024 p2.png

majlis khatam alquran bulan ramadhan 2024 p3.png

majlis khatam alquran bulan ramadhan 2024 p4.png

majlis khatam alquran bulan ramadhan 2024 p5.png

TUTONG, Isnin, 28 Ramadhan 1445/8 April 2024. – Dalam usaha menyemarakkan bulan Ramadhan yang mulia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran Belia Di Bulan Ramadhan 1445H/2024M bertempat di Masjid Ar-Rahim, Kampong Bukit Panggal.

Hadir ialah Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Tetamu Kehormat.

Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai diketuai oleh Tetamu Kehormat, diikuti dengan bacaan Khatam Al-Quran mulai dari Surah Ad-Dhuha hingga Surah Al-Masad dikepalai oleh Yang Mulia Awang Muhammad Darwisy Afiq bin Jalani, Penggerak Belia Impak Tutong dan diteruskan dengan bacaan Takhtim Al-Quran dikepalai oleh Yang Mulia Awang Mohammad 'Ammar Zulqarnain bin Mohammad Azril, Kumpulan Belia Masjid Pengiran Muda Abdul Wakeel, Kampong Kiudang.

Sementara Doa Khatam pula dibacakan oleh Yang Mulia Awang Muhammad Nur Hafizan @ Nur Syafizan bin Saban, Wakil Belia Masjid Ar-Rahim, Kampong Bukit Panggal, diikuti dengan Dikir Marhaban oleh Kumpulan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dikepalai oleh Yang Mulia Awang Mohammed Dandarawi bin Awang Nasar, Pemangku Ketua Kampong Bukit Panggal dan Luagan Dudok.

Majlis Khatam Al-Quran Belia Di Bulan Ramadhan merupakan salah satu projek tahunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan kendalian Jabatan Belia dan Sukan Cawangan-Cawangan Daerah sempena dengan sambutan bulan Ramadhan yang Mubarak dengan melibatkan kerjasama ramai pihak termasuklah agensi-agensi kerajaan, persatuan-persatuan belia dan tidak ketinggalan penglibatan golongan belia sendiri.

Majlis antara lain bertujuan untuk menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti keagamaan, disamping untuk mempertingkatkan dan mengukuhkan persefahaman dan kerjasama di antara agensi-agensi yang terlibat dalam pembangunan dan tarbiah belia serta untuk menyemarakkan bulan Ramadhan dengan pengisian-pengisian yang bermanfaat terutama dengan pembacaan Al-Quran.

Hadir sama ke majlis berkenaan ialah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan); Yang Mulia Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan); Yang Mulia Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin, Setiausaha Tetap (Kebeliaan); Yang Mulia Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan); Yang Mulia Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri, Pemangku Pegawai Daerah Tutong; Pengarah-Pengarah Bahagian dan Jabatan; Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.​

Attachments
Created at 4/9/2024 12:00 PM by Roslinawati Binti Jamaludin
Last modified at 4/9/2024 12:00 PM by Roslinawati Binti Jamaludin