TUTONG, Jumaat, 7 Rejab 1445H/19 Januari 2024M. – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama
Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah mengungkayahkan Wira Fajar Program Belia Sembahyang Fardhu Subuh Berjemaah Di
Masjid Bagi Tahun 1445H/2024M Bersempena Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa 2023 bertempat di Masjid Kampong
Keriam, Daerah Tutong. Hadir ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Hadir sama ialah Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Timbalan Menteri Hal
Ehwal Ugama; Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama; Yang
Mulia Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Kesukanan) KKBS; Yang Mulia Awang Haji
Zakaria bin Haji Serudin, Setiausaha Tetap (Kebeliaan) KKBS; Yang Mulia Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Md Salleh, Pemangku
Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama; serta Pegawai-Pegawai Kanan KKBS.
Program diisikan dengan Sembahyang Fardhu Subuh Berjemaah diimamkan oleh Yang Mulia Imam Awang Mohd Fauzi bin Haji
Anuar, Pegawai Hal Ehwal Masjid dan diikuti dengan Tazkirah Subuh bertajuk “Andai Semua Orang Melakukannya” disampaikan
oleh Yang Mulia Awang Abd Hadi bin Abd Rahman, Ketua Imam Masjid Kampong Danau. Wira Fajar diselajurkan dengan bacaan
Surah Al-Kahfi dipimpin oleh Yang Mulia Awang Nur Asmawi bin Awang Asli, Belia Masjid serta Doa Allah Peliharakan Sultan dan
Negara Brunei Darussalam dikepalai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid dan diakhiri dengan Sembahyang Sunat Dhuha. Majlis turut disertai seramai lebih 300 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya; Ahli
Jawatankuasa Takmir Masjid; Pegawai-Pegawai Kerajaan; Persatuan dan Pergerakan Belia; Belia-Belia Masjid serta penduduk sekitar
Kampong Keriam.
Wira Fajar Program Belia Sembahyang Fardhu Subuh Berjemaah Di Masjid ini dihasratkan dapat mendidik diri para belia untuk
mengerjakan sembahyang berjemaah di masjid serta memberikan pendedahan kepada para belia dengan mengisi aktiviti yang
bermanfaat yang membawa belia-belia mendokong gagasan Negara Zikir.