Bandar Seri Begawan, Ahad, 29 Rabiulawal 1445 / 15 Oktober 2023 – Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Negara Brunei
Darussalam (PESTABARU) menganjurkan kejohanan Liga Super Sepak Takraw TAIB
Terbuka (LST) 2023 yang bermula pada 15 Oktober hingga 19 November 2023. Penaja
Utama bagi kejohanan Liga ini ialah dari Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB).
Majlis Pembukaan Rasmi Kejohanan LST ini diadakan pada 15 Oktober 2023 bermula
pada pukul 2.30 petang yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji
Awang Nazmi bin Awang Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Acara diselajurkan dengan perlawanan pertama Kejohanan LST pada hari tersebut.
Perlawanan LST seterusnya akan diadakan pada setiap hari Ahad, bermula pada 22hb
hingga 19 November 2023 bertempat di Kompleks Sukan Sungai Kebun. Manakala Majlis
Penutup serta Penyampaian Hadiah akan diadakan pada hari Ahad, 19 November 2023
bertempat di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.
Juara bagi kejohanan Liga ini akan menerima Wang Tunai sebanyak $5,000.00 dan pingat
serta Piala Pusingan, Naib Juara akan menerima Wang Tunai sebanyak $3,000.00 dan
pingat manakala tempat ketiga bersama akan menerima Wang Tunai sebanyak $1,000.00
dan pingat.
Dalam kesempatan ini, orang ramai adalah dialu-alukan untuk hadir bagi menyaksikan
Majlis Pembukaan, perlawanan-perlawanan serta Majlis Penyampaian Hadiah pada hari
berkenaan bagi sama-sama memeriahkan dan memberi sokongan Kejohanan Liga Super
Sepak Takraw TAIB Terbuka (LST) 2023, masuk adalah percuma.